Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 hotel didenda lebih $1.5 juta kerana kongsi maklumat komersial sensitif

Jan 30, 2019 | 05:40 PM



EMPAT hotel yang berpakat dengan berkongsi bersama satu sama lain kadar bilik bukan awam yang ditawarkan kepada syarikat telah didenda lebih $ 1.5 juta kerana melanggar Akta Persaingan.



Pemantau persaingan Singapura, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna (CCCS), mengeluarkan keputusan pelanggaran terhadap pemilik dan pengendali empat hotel itu hari ini (30 Jan).



Empat hotel itu ialah Capri by Fraser Changi City Singapore, Village Hotel Changi, Village Hotel Katong dan Hotel Crowne Plaza Changi Airport.



Hotel-hotel itu terletak dakan jarak antara lima dengan 15 minit perjalanan menaiki kereta dari Lapangan Terbang Changi.



Bekas pemilik Capri, Ascendas Frasers, dan pengendali Frasers Hospitality Pte Ltd (FHPL) dikenakan denda paling besar sebanyak $793,925, dan pemilik kini hotel itu, Frasers Hospitality Trustee dan FHPL, dikenakan denda tambahan $216,526.



Crowne Plaza pula didenda $225,293 manakala baki dua hotel yang diuruskan Far East Hospitality Management, didenda $286,610.



Maklumat yang dikongsi empat hotel itu termasuk peratusan diskaun yang diminta pelanggan korporat semasa rundingan sulit, dan respons wakil jualan hotel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >