Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 kelompok Covid-19 ditutup

Jul 01, 2021 | 11:32 PM



KELOMPOK Covid-19 di Blok 506 Hougang Avenue 8 adalah antara empat kelompok yang ditutup pada Khamis (1 Julai) setelah tidak ada kes baru dikaitkan dengannya setelah 28 hari.



Tiga kelompok lain berkait dengan pengurus berusia 49 tahun di Success Consultancy, suri rumah berusia 36 tahun dan pesara berusia 80 tahun.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata terdapat 29 kelompok jangkitan aktif pada Khamis, turun daripada 33 pada Rabu.



Bilangan kes masyarakat baru dalam seminggu juga turun daripada 92 kes dua minggu lalu kepada 58 kes minggu lalu.



Bilangan kes masyarakat yang tidak berkait dalam seminggu telah turun daripada 18 kes menjadi lapan dalam tempoh sama.



Secara keseluruhan, 10 kes Covid-19 baru disahkan pada tengah hari Khamis (1 Julai), menjadikan jumlah 62,589 jangkitan di Singapura kata MOH.



Empat daripadanya adalah jangkitan  tempatan dan enam diimport.



Keempat-empat kes masyarakat telah dikaitkan dengan kes sebelumnya. Tiga daripada mereka telah dikuarantin manakala satu dikesan melalui pengawasan.



Dua daripada empat kes masyarakat dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Penjaja 115 Bukit Merah View yang kini mempunyai 93 kes, dan baki dua dikaitkan dengan kelompok 105 Henderson Crescent yang kini mempunyai 17 kes.



Keenam-enam kes yang diimport itu telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.



Salah satu kes itu dikesan semasa ketibaan dan lima kes yang lain mengalami Covid-19 semasa SHN atau pengasingan.



Sebanyak sekitar 5.49 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, meliputi sekitar 3.38 juta individu.



Kira-kira 2.11 juta orang telah menerima dos kedua mereka dan menyelesaikan vaksinasi penuh.



Ini bermakna 59.2 peratus penduduk Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, sementara 37 peratus divaksin sepenuhnya dengan dua dos.



Seranai 127 pesakit Covid-19 masih berada di hospital dengan sebilangan besar berada dalam keadaan baik.



Ini termasuk tiga yang berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi, dan sembilan yang memerlukan sokongan oksigen.



Dalam masa 28 hari lalu, 24 pesakit dimasukkan ke jagaan rapi, memerlukan sokongan oksigen atau meninggal dunia. 



Mereka terdiri daripada 21 orang yang tidak divaksin dan tiga yang telah menerima satu dos vaksin. 



Singapura telah mengalami 36 kematian akibat komplikasi Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >