Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

4 kematian Covid-19, 454 jangkitan; kes harian terendah sejak September

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

4 kematian Covid-19, 454 jangkitan; kes harian terendah sejak September

Dec 10, 2021 | 11:59 PM

TERDAPAT 454 jangkitan baru Covid-19   dan empat kematian dilaporkan pada Jumaat (10 Dis).
Ini angka jangkitan harian terendah sejak 8 September.
Angka tersebut turun daripada 682 kes jangkitan dan lima kematian yang dilaporkan Khamis (9 Dis).
Ini adalah hari kelapan jumlah kes berada di bawah 1,000, demikian menurut perangkaan   Kementerian Kesihatan (MOH) di laman webnya.


Jangkitan baru itu merangkumi 436 kes dalam masyarakat, 4 di asrama pekerja migran dan 14 kes import.
Kadar penggunaan unit jagaan rapi (ICU) berada pada 50.7  peratus pada Jumaat, naik daripada 50 peratus pada Khamis.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 pula berada pada 0.56, turun daripada 0.58 pada Khamis.


Empat kematian yang dilaporkan pada Jumaat membawa jumlah kematian di sini ekoran Covid-19 kepada 783, dengan MOH tidak memberi butiran lanjut.
Jumlah kes di Singapura kini mencapai  272,433.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3