Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 kes baru dalam masyarakat Covid-19, terendah sejak 11 Jun

Jun 28, 2021 | 10:54 PM



SEORANG jurutera agensi air Singapura PUB dan seorang pemasang televisyen yang bekerja dengan Best Denki merupakan antara empat kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 yang dilaporkan hari ini (28 Jun).



Kesemua empat kes jangkitan dalam masyarakat itu telah dikuarantin, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Ini merupakan bilangan harian jangkitan dalam masyarakat terendah sejak 11 Jun lalu, lapor The Straits Times.



Lagi dua kes jangkitan dalam masyarakat hari ini merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun yang bekerja di Lam Chuan Import-Export.



Beliau, yang sudah menerima kedua-dua dos vaksinnya, dikaitkan dengan kelompok di Blok 105 Henderson Crescent.



Lagi satu kes merupakan seorang pesara berusia 81 tahun.



MOH berkata tiada kes baru dikaitkan dengan kelompok di 115 Pasar dan Pusat Penjaja Bukit Merah View, kali pertama sejak 13 Jun.



Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja migran, tambah MOH.



Namun, terdapat lima kes import, dua daripada mereka merupakan warga Singapura yang pulang dari Pakistan.



Kes import lain termasuk seorang warga Indonesia berusia 27 tahun yang memasuki perairan Singapura tanpa dokumentasi sah.



Dia ditangkap Polis Pengawal Pantai Singapura dan didapati asimtomatik ketika diuji bagi Covid-19.



Secara keseluruhannya, terdapat sembilan kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti koronavirus itu sebanyak 62,553 di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >