Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 kes Covid-19 baru dikaitkan dengan kelompok 105 Henderson Crescent dan Hospital Besar Changi

Jul 04, 2021 | 08:32 AM



 



 



Empat kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang dilaporkan pada Sabtu (3 Julai) telah dikaitkan dengan kelompok Blok 105 Henderson Crescent dan Hospital Besar  Changi  (CGH) .



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), dua kes dikaitkan dengan Blok 105 Henderson Crescent, membawa jumlah kes kelompok itu kepada 20 kes. 



Dua kes baru lain pula dikaitkan dengan CGH dan kini kelompok itu mempunyai 18 kes.



Kesemua empat kes baru itu sudah dikenakan kuarantin apabila mereka didapati menjangkiti Covid-19.



Sementara itu, dua kelompok sudah ditutup kerana tidak ada kes yang berkaitan selama 28 hari lalu. Dua kelompok itu ialah kelompok NTUC Foodfare di Sengkang dan seorang suri rumah tangga warga Singapura berusia 56 tahun yang disahkan positif pada 31 Mei.



Secara keseluruhan, Singapura melaporkan tujuh kes Covid-19 baru pada Sabtu, dengan baki tiga kes merupakan kes import.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >