Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 kumpulan pekerja dikecuali jalani ujian Covid-19 berjadual mulai semalam

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



PEKERJA migran yang menetap di dormitori, pekerja dalam sektor binaan dan limbungan kapal marin serta pekerja sektor proses tidak perlu jalani ujian Covid-19 berjadual mulai semalam.



Dalam satu notis yang diberi kepada pengendali dormitori yang dilihat oleh The Straits Times (ST), Kementerian Tenaga Manusia berkata, pekerja barisan depan yang bertugas di dormitori, pusat sehenti serta pusat rekreasi pekerja migran juga akan dikecualikan.



Pelonggaran langkah ujian berjadual Covid-19 adalah sebahagian langkah mengubah peraturan sedia ada untuk disesuaikan kepada ciri lain varian Omicron, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, Rabu lalu.



Menyatakan demikian dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19, Encik Ong berkata ujian berjadual tidak lagi berkesan dalam mencegah penularan Omicron kerana waktu jangkitannya lebih pendek.



Jangkitan itu merangkumi antara individu pertama yang dijangkiti menghidap simptom virus itu dengan individu selanjutnya yang dijangkiti dan menghidap simptom.



Encik Ong berkata: "Jadi lebih baik kami beralih ke rejim di mana orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan bertanggungjawab.



"Jika tidak sihat, terus ambil ujian pantas antigen (ART), dan pastikan anda disahkan negatif sebelum anda keluar (dari rumah) terutama jika anda akan bertemu dengan seorang yang (lebih mudah) terdedah (kepada jangkitan)."



Dalam notis yang diberi kepada pengendali dormitori, MOM berkata pekerja yang menetap di dormitori dan belum lagi divaksinasi atau belum divaksinasi sepenuhnya perlu menjalani ujian ART setiap tiga hari yang diselia majikan.



Menurut MOM:



"Oleh kerana kumpulan ini lebih mudah menghidap penyakit teruk jika dijangkiti Covid-19, ujian rutin berjadual akan membantu mereka memantau kesihatan mereka."



Pengecualian itu tidak ditetapkan bagi pekerja yang menetap di dormitori Brani dan Pasir Panjang.



MOM berkata pengecualian itu dilaksanakan menyusuli kadar vaksinasi Covid-19 tinggi di Singapura serta pelaksanaan penguatkuasaan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi.



Langkah tersebut dapat menjamin pekerja dilindungi daripada jangkitan Covid-19 yang teruk.



Sekitar 98 peratus pekerja migran yang menetap di dormitori telah divaksinasi sepenuhnya, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dalam satu respons parlimen bertulis sebelum ini.



Pengendali dormitori diingatkan untuk menggalak penghuni mereka supaya menyelesaikan rejim vaksinasi sepenuhnya - dan supaya mengambil suntikan penggalak secepat mungkin.



Para penduduk juga harus memantau kesihatan mereka dan melaporkan diri jika mereka kurang sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >