Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lagi akan didakwa langgar aturan Covid-19 dalam kes Clarke Quay

Mar 22, 2022 | 05:30 AM



EMPAT lagi individu yang disyaki melanggar langkah pengurusan selamat (SMM) Covid-19 di Clarke Quay akan dikenakan tuduhan, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.



Mereka, berusia antara 19 tahun dengan 22 tahun, dikatakan melanggar peraturan Covid-19 semasa satu perhimpunan malam Tahun Baru melibatkan ratusan orang di Clarke Quay.



Selain itu, tiga orang telah diberi notis kompaun sebanyak $1,000 setiap seorang bagi kesalahan sama.



Dengan ini, pesalah yang telah didakwa atau akan didakwa berhubung kejadian itu berjumlah 14 orang. Jumlah orang yang telah diberi notis kompaun kini adalah 19.



Awal bulan ini, enam individu berusia antara 19 dengan 23 tahun didakwa terlibat dalam kejadian sama. Sebahagian daripada mereka didakwa tidak memakai pelitup menutup hidung dan mulut, manakala yang lain tidak menjaga jarak selamat.



Pada Januari, Harjaz Singh, Verma Pulkit, Kotra Venkata Sai Rohankrishna dan William Alexander Brooks-Potts, yang berusia antara 19 tahun dengan 22 tahun, diheret ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan tidak menjaga jarak selamat satu meter dan tidak memakai pelitup dekat Jambatan Read di Clarke Quay pada tengah malam 1 Januari.



URA berkata: "Memandangkan kita masih di tengah-tengah pandemik, adalah penting semua orang bertanggungjawab secara sosial dan mematuhi SMM semasa. Kami menggesa setiap orang supaya memainkan peranan mereka bagi melindungi kesihatan mereka dan orang lain".



Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu dan perniagaan bersalah, tambahnya.



Mereka yang bersalah melanggar peraturan Covid-19 boleh dihukum denda hingga $10,000, penjara hingga enam bulan, atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >