Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lagi bidang kerjasama untuk cari huraian bersama rakyat

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah mengenal pasti empat lagi bidang tumpuan utama untuk bekerjasama dengan rakyat bagi membangun huraian untuk masa depan Singapura, dan bangkit kukuh daripada pandemik.



Empat Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama (AfA) itu adalah Keharmonian Kehidupan - Kerja; Matlamat Korporat; Tingkatkan Kemahiran dan Celik Persediaan Digital bagi Kehidupan Seharian; dan Pertingkat Akses Digital bagi Penerima yang Memerlukan.



Secara keseluruhan ini membawa bilangan keseluruhan AfA kepada 15, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), dalam satu kenyataan semalam, mengenai laporan Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh (ESC) Bersama Singapura.



Laporan tersebut merumuskan perbincangan yang melibatkan lebih 16,900 warga Singapura itu.



Dalam tempoh lapan bulan lalu, sebanyak 11 perikatan AfA telah dilancarkan sedang pemerintah bekerjasama dengan kumpulan industri untuk membantu Singapura bangkit semula daripada pandemik Covid-19.



Lebih banyak perikatan sedemikian akan ditubuhkan lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah berkata semalam bahawa beberapa "isu yang menimbulkan keprihatinan" dan "realiti sukar" timbul bagi ramai rakyat Singapura semasa pandemik ini.



Ini termasuk keganasan domestik, kesejahteraan mental, inklusiviti digital dan celik digital.



"Perbincangan kita menunjukkan bahawa terdapat kesedaran mengenai isu ini dan isu sosial lain dan rakyat Singapura memberikan tumpuan dalam mewujudkan masyarakat yang empati dan penyayang," jelasnya.



Di bawah AfA Keharmonian Kehidupan-Bekerja, Singapura akan beralih daripada pekerjaan fleksibel kepada melaksanakan langkah keharmonian antara kehidupan bekerja, kata MCCY.



Satu masyarakat Duta Kehidupan-Bekerja akan dibangunkan, yang akan meningkatkan kesedaran dan menggalak amalan sedemikian kepada masyarakat secara meluas.



Diketuai oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), perikatan itu termasuk wakil daripada rakan kongsi tiga pihak termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), serta duta kehidupan bekerja, pemimpin kesatuan dan ahli parlimen antara lain.



Sementara itu Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) akan mengetuai Perikatan untuk Bertindak terhadap Matlamat Korporat.



Penerima "membayangkan ekosistem perniagaan yang menyokong dan membolehkan syarikat korporat untuk mengatur matlamat dan keuntungan secara berkesan untuk mewujudkan sesuatu yang baik untuk Singapura," kata MCCY.



Peserta juga menawarkan idea bagaimana untuk menjalin hubungan lebih rapat antara sektor swasta, awam dan orang ramai dan menjadikan semangat memberi korporat lebih mudah diakses.



Di samping itu, Kumpulan Negara Bijak dan Digital Pemerintah (SNDGG) akan mengetuai dua kumpulan - satu yang akan meninjau untuk meluaskan tawaran dalam platform pembelajaran kemahiran dan kesedaran digital dalam talian dan satu lagi bagi membantu penerima yang memerlukan untuk mengakses alat bijak.



Menteri bagi Pembangunan Negara dan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee berkata:



"Laporan ini menunjukkan pandangan dan aspirasi ribuan rakyat Singapura yang mengambil bahagian, harapan bagi masyarakat yang inklusif dan penyayang, serta ekonomi yang berkembang maju dan berdaya saing secara global. Komitmen kami ialah untuk bekerjasama dengan rakyat Singapura untuk merealisasikan aspirasi ini."




"Tahun lalu, saya melancarkan sesi Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh (ESC) sebagai platform bagi warga Singapura untuk merenungkan, berkongsi kisah mereka, membayangkan semula Singapura pasca-Covid, dan bersatu bersama ke hadapan menangani krisis generasi ini. ESC memanfaatkan pergerakan Singapura Bersama yang dilancarkan pada 2019, untuk kita membangunkan demokrasi dari segi tindakan dan masyarakat yang beraksi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang kepada pergerakan ini baik sumbangan besar atau kecil. Inilah asas Singapura Bersama - rakyat bersatu, mendengar satu sama lain untuk mengenal pasti isu-isu, meneroka penyelesaian kreatif, dan membangunkan masa depan yang kita inginkan."
– Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




EMPAT PERIKATAN UNTUK BERTINDAK SINGAPURA BERSAMA (AFA)



AFA BAGI KEHARMONIAN KEHIDUPAN - KERJA



- MOM dan rakan kongsi tiga pihak akan lancarkan, melibatkan pekerja, majikan dan rakan kongsi untuk memupuk keharmonian kehidupan-bekerja.

- AfA juga akan bangunkan Duta Kehidupan-Bekerja, menawarkan sumber khusus buat syarikat dalam sektor khas yang menghadapi cabaran lebih besar laksanakan amalan kehidupan-bekerja.



AFA BAGI MATLAMAT KORPORAT



- NVPC akan la melibatkan perniagaan dan pemimpin Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk bangunkan rangka kerja nasional dan pelan induk bagi matlamat korporat dan kesan sosial.



AFA BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN CELIK PERSEDIAAN DIGITAL BAGI KEHIDUPAN SEHARIAN



- Saluran dalam talian #SmartNationTogether Digital akan ketengahkan rakan kongsi masyarakat dan meluaskan program relevan



AFA BAGI PERTINGKAT AKSES DIGITAL BAGI PENERIMA YANG MEMERLUKAN



-Portal yang akan padankan penerima dengan masyarakat, pemerintah dan rakan kongsi korporat yang menawarkan alat digital kepada warga tua dan kumpulan berpendapatan rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >