Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

4 lagi firma dilarang ambil pekerja asing baru

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



LAGI empat syarikat telah dilarang daripada mengambil pekerja asing baru hingga tiga bulan selepas beberapa kesilapan keselamatan yang serius ditemui di tapak kerja mereka.



Ini bermakna kini terdapat 15 syarikat yang dikenakan larangan itu secara keseluruhan di bawah tempoh keselamatan yang dipertingkat selama enam bulan.



Langkah itu diperkenal September lalu untuk membendung kenaikan jumlah kematian dan kecederaan di tempat kerja di sini.



Berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada satu soalan Parlimen kelmarin, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata ketua eksekutif 15 syarikat itu juga harus bertanggungjawab bagi kesilapan keselamatan itu sendiri serta mengambil tanggungjawab bagi kerja pembetulan yang diperlukan.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang bekerja rapat dengan syarikat itu untuk memastikan kesilapan yang ditemui itu dibetulkan.



Tempoh keselamatan dipertingkat, yang menurut MOM telah membantu meningkatkan keselamatan di tempat kerja di sini, dijadual berakhir pada 28 Februari.



Sejauh ini, tiada keputusan dibuat berhubung sama ada tempoh itu akan dilanjutkan.



"Sementara kami telah melihat sedikit peningkatan, kita perlu terus berjaga-jaga dan kekal berwaspada.



"Kementerian sedang menyemak langkah seterusnya apabila tempoh keselamatan dipertingkat ini berakhir pada Februari.



"Langkah melanjutkan tempoh ini sedang dipertimbang serta langkah seterusnya untuk memperkukuh... insentif dan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," ujar Dr Tan.



Sejak September lalu, lebih 760 denda dan sebanyak 48 arahan berhenti kerja telah dikenakan terhadap syarikat yang gagal mematuhi peraturan.



Sektor binaan merupakan penyumbang kematian dan kecederaan berat di tempat kerja yang paling banyak tahun lalu.



Namun, Dr Tan berkata jumlah tindakan penguatkuasaan yang diambil MOM berkurangan sebanyak 21 peratus bagi setiap pemeriksaan yang dijalankan dalam sektor itu sejak Oktober lalu.



Ini menyusuli langkah MOM memperkenal set kriteria yang standard untuk tidak membenarkan kontraktor yang tidak selamat daripada membida dalam tender binaan awam serta memperketat sistem mata demerit bagi syarikat binaan.



Dalam responsnya kepada soalan daripada Encik Melvin Yong (Radin Mas) dan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah), Dr Tan berkata punca utama bagi 46 kematian di tempat kerja tahun lalu ialah langkah kawalan dan prosedur keselamatan yang tidak mencukupi, gagal melaksana langkah kawalan dengan baik serta kelakuan tidak selamat oleh pekerja.



"Ini merupakan kesilapan keselamatan yang boleh dicegah," ujarnya sambil menambah, ia juga menunjukkan bahawa kebertanggungjawapan pengurusan dan latihan bagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu diperkukuh.



Sekitar 80 peratus kecederaan berat dan yang membawa kematian di tempat kerja tahun lalu adalah daripada industri yang lazimnya berisiko tinggi termasuk binaan, perkilangan, pengangkutan dan simpanan serta beberapa industri perkhidmatan.



Secara keseluruhan, kadar tahunan kematian di tempat kerja bagi setiap 100,000 pekerja jatuh daripada 1.5 antara Januari dengan Ogos lalu kepada 0.8 antara September dengan Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >