Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lagi individu didakwa langgar langkah pengurusan selamat di Clarke Quay

Mar 21, 2022 | 03:56 PM



EMPAT lagi individu yang disyaki melanggar langkah pengurusan selamat (SMM) Covid-19 di Clarke Quay akan dikenakan tuduhan terhadap mereka, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini.



Empat daripada mereka, berusia antara 19 tahun dengan 30 tahun, telah melanggar peraturan Covid-19 semasa perhimpunan malam tahun baru yang melibatkan ratusan orang di Clarke Quay.



Tiga orang lagi telah diberikan notis komposisi $1,000 setiap seorang untuk kesalahan yang sama.



Ini menjadikan 14 jumlah pesalah yang telah didakwa atau akan didakwa berhubung kejadian yang sama.



Jumlah orang yang telah diberikan notis komposisi kini ialah 19 orang.



Awal bulan ini, enam individu berusia antara 19 tahun dengan 23 tahun telah didakwa terlibat dalam kejadian sama.



Beberapa lelaki yang didakwa gagal memakai pelitup di hidung dan mulut, manakala yang lain tidak menjaga jarak selamat.



Pada Januari, Harjaz Singh, Verma Pulkit, Kotra Venkata Sai Rohankrishna dan William Alexander Brooks-Potts, yang berusia antara 19 tahun dengan 22 tahun, diheret ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan kerana gagal menjaga jarak selamat satu meter dan tidak memakai pelitup dekat Jambatan Read di Clarke Quay pada tengah malam 1 Januari.



URA berkata: “Oleh sebab kita masih lagi di tengah-tengah pandemik, memang penting semua orang bertanggungjawab secara sosial dan mematuhi SMM semasa.



“Kami menggesa setiap orang memainkan peranan untuk melindungi kesihatan mereka dan orang lain”.



URA menambah bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu dan perniagaan bersalah jika perlu.



Mereka yang didapati bersalah melanggar peraturan Covid-19 boleh dikenakan denda sehingga $10,000, dihukum penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >