Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lelaki diberkas atas kesalahan dadah, lebih 10 kg dadah dirampas

Jul 01, 2021 | 05:59 PM



EMPAT lelaki berusia antara 24 dengan 50 tahun diberkas pada Rabu (30 Jun) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.


Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya pada Khamis berkata sejumlah 7,959 gram heroin, 2,159g ‘Ice’, 423 gram ganja, 202 gram ketamin, sekitar 1,451 pil ‘Ecstasy’ dan sekitar 300 pil Erimin-5 dirampas dalam operasi itu, yang dijalankan di beberapa lokasi serata Singapura.


Jumlah heroin itu cukup untuk memenuhi ketagihan sekitar 3,790 penagih bagi seminggu, kata CNB.


Wang tunai berjumlah $1,000 turut ditemui.


Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai hampir $1.18 juta.


CNB berkata pegawainya memberkas lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun dalam kenderaan di daerah Tuas South dan menemui 17 bungkusan berisi sekitar 7,858 gram heroin dan satu bungkusan berisi sekitar 1,020 gram 'Ice'.


Kemudian pegawai CNB memberkas lelaki warga Singapura berusia 50 tahun di Jurong East Avenue 1, dan menemui 1,139 gram 'Ice', enam blok dan paket berisi sekitar 423 gram ganja, sekitar 202 gram ketamin, sekitar 1,450 pil 'Ecstasy' dan sekitar 300 pil Erimin-5, serta wang tunai berjumlah $1,000 dari beberapa lokasi di dalam dan keliling unit perumahan yang merupakan tempat persembunyian lelaki itu.


Pegawai CNB turut memberkas lelaki warga Singapura berusia 33 tahun dan lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun di Paya Lebar, dan peralatan dadah ditemui dalam kenderaan yang mereka gunakan.


Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian dibawa ke tempat tinggalnya di Toa Payoh Lorong 1 di mana satu pil 'Ecstasy" ditemui.


Siasatan sedang dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >