Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lelaki diberkas disyaki lakukan rompakan bersenjata di Jurong Gateway Road

Nov 20, 2020 | 06:12 PM



POLIS telah menangkap empat lelaki berusia antara 19 dengan 26 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata dengan cedera. 



Kenyataan polis pada Jumaat (20 Nov) berkata pihaknya diberitahu mengenai kes rompakan bersenjata itu di sebuah unit di Jurong Gateway Road pada Khamis (19 Nov) sekitar 4.15 petang. 



Siasatan awal menunjukkan tiga lelaki berusia antara 19 dengan 22 tahun didakwa merompak unit tersebut. 



Salah seorang daripada mereka didakwa mengacukan pisau ke arah seorang kakitangan wanita, menarik rambutnya dan meminta dia menyerahkan wang.



Lelaki-lelaki itu kemudian menyeretnya ke sebuah bilik di unit itu sebelum mengurungnya.

Mereka kemudian melarikan diri dengan wang tunai sekitar $48,000.



Melalui siasatan lanjut, pegawai Jabatan Perisikan Polis dan Divisyen Polis Clementi berjaya mengenal pasti identiti ketiga-tiga lelaki itu dan menangkap mereka dalam masa 12 jam.



Polis juga menahan lelaki keempat berusia 26 tahun yang didakwa membuang pisau yang dipercayai digunakan dalam rompakan tersebut. 



Pihak berkuasa turut berjaya menemui sebahagian wang dicuri itu sekitar $30,000.



Polis berkata keempat-empat lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (21 Nov) dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.



Mereka juga boleh dirotan tidak kurang 12 sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >