EMPAT individu yang terlibat dengan syarikat penyedia latihan Biz HR Solutionz didakwa di mahkamah semalam atas peranan mereka menyalahgunakan skim Kredit SkillsFuture.
Pengarah Biz HR, Eric Zheng Zhenwei, serta Tan Yu Sheng dan Sim Chee Kiong - kedua-duanya merujuk pelatih supaya mendaftar bagi kursus - didakwa bersubahat menipu Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) ketika itu supaya memberi kredit kepada penyedia latihan.