Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

4 lelaki disiasat laku kasar terhadap duta jarak selamat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

4 lelaki disiasat laku kasar terhadap duta jarak selamat

Jul 06, 2021 | 05:30 AM

EMPAT lelaki disiasat atas tuduhan berlaku kasar terhadap pegawai penguat kuasa dan duta jarak selamat, serta melanggar peraturan memakai pelitup.

Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata pihaknya telah dihubungi mengenai kejadian pada 31 Mei melibatkan seorang lelaki berusia 47 tahun di Bedok Mall.

Lelaki itu dikatakan enggan mengenakan pelitup dengan betul biarpun telah dinasihatkan oleh duta jarak selamat. Lelaki itu juga telah mengeluarkan kata-kata kesat.

Duta jarak selamat cuba merakamkan bukti tindakan lelaki itu di telefonnya, tetapi didakwa ditumbuk di perutnya oleh lelaki itu.

Pada insiden lain pada 21 Jun di Teo Heng Road, melibatkan seorang lelaki berusia 33 tahun yang didakwa enggan memakai pelitup walaupun setelah diarah duta jarak selamat.

Dia sebaliknya didakwa menggunakan bahasa kesat dan menolak duta itu dua kali, menyebabkannya jatuh.

Kejadian serupa berlaku pada hari yang sama di 10 Kallang Road. Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa menurunkan pelitupnya walaupun pada awalnya mematuhi arahan pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) supaya mengenakan pelitup dengan betul.

Dia juga didakwa telah melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai ICA.

Pada 26 Jun, satu lagi kejadian berlaku di pasar dan pusat makanan Albert Center. Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa mengabaikan arahan pegawai penguat kuasa jarak selamat agar mengenakan pelitupnya dengan betul, bahkan terus berlalu pergi.

Pegawai itu mengekori lelaki itu untuk mengulangi arahannya, tetapi telah dibalas dengan bahasa kesat.

Mereka yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan secara sukarela boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda hingga $5,000, atau kedua-duanya.

Orang yang didapati tidak memakai pelitup atau tidak memakai pelitup wajah dengan betul di luar tempat kediaman mereka boleh didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga enam bulan di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.

Mereka yang didapati bersalah mengganggu orang ramai di bawah Kanun Keseksaan boleh dipenjara hingga tiga bulan dan denda maksimum $2,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3