Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 orang ditahan kerana bergaduh ketika satu majlis sanding di Ghim Moh

Sep 11, 2019 | 04:22 PM



EMPAT orang ditahan kerana terlibat dalam satu perkelahian yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di kolong blok di Ghim Moh. 



Kejadian yang menyebabkan para penduduknya berasa terkejut itu, difahamkan berlaku pada hari Ahad (8 September) sekitar pukul 8.30 malam di kolong blok di 16 Ghim Moh Road.



Menurut The New Paper (TNP,) para penduduk estet itu memberitahu TNP bahawa ada majlis perkahwinan di kolong blok itu dan akhbar Cina, Shin Min Daily News melaporkan kira-kira 100 orang hadir untuk melihat satu persembahan diadakan dalam majlis kahwin itu.



Seorang penduduk berusia 52 tahun yang ingin dikenali sebagai Cik Siti memberitahu TNP bahawa beliau mendengar seorang yang menjerit pada malam itu. Beliau kemudian melihat seorang lelaki pertengahan umur yang wajahnya berlumuran darah dan sedang merangkak dari seorang lelaki lain di koridor.



Seorang lagi penduduk, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Rebecca, berkata mangsa itu telah melihat persembahan itu dan dikatakan menyatakan sesuatu yang menyinggung perasaan hos majlis perkahwinan. Kemudian, beberapa orang lelaki mengejar dan memukulnya."



Seorang jurucakap polis memberitahu TNP semalam bahawa mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pada jam 8.30 malam, dan telah menahan empat orang berusia 14 hingga 25 tahun atas kesalahan rusuhan.



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan kira-kira pada jam 9.30 malam.



TNP difahamkan seorang paramedik telah merawat seorang lelaki berusia 49 tahun di blok itu.



Apabila TNP melawat blok semalam, kesan darah masih kelihatan di sepanjang koridor di tingkat dua. Siasatan polis masih berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >