Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 orang, termasuk 1 kanak-kanak dua tahun cedera dalam kemalangan di Ang Mo Kio

Dec 04, 2019 | 06:01 PM



EMPAT orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah dikejarkan ke hospital setelah kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua teksi berlaku di Ang Mo Kio.



Gambar-gambar kemalangan tersebut, yang terjadi pada Jumaat lalu (29 Nov), dimuat naik ke laman Stomp.



Bahagian belakang kereta dan bahagian depan salah satu teksi kelihatan remuk.



Antara yang cedera dalam kemalangan itu termasuk Cik Jiang Tian, 32 tahun, yang berada dalam kereta bersama suami dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, lapor The Straits Times.



Cik Jiang berkata keadaan jalan raya basah ketika itu setelah hujan. Kereta yang dipandu suaminya berhenti di persimpangan antara Ang Mo Kio Street 23 dan Ang Mo Kio Avenue 3, dan mereka mahu melakukan pusingan ketika itu tetapi dilanggar dari belakang.



"Saya terdengar dentuman kuat dan tak pasti sangat apa yang berlaku selepas itu.



"Suami saya tak sedarkan diri buat seketika tetapi setelah menepuknya beberapa kali, dia sedar semula," cerita Cik Jiang.



"Perkara pertama yang saya lakukan setelah mengejutkan suami ialah melihat sama ada anak saya selamat dan pastikan tiada pendarahan," tambahnya.



Cik Jiang dan suaminya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sementara anak mereka dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).



Suami Cik Jiang ditahan selama sehari namun Cik Jiang dan anaknya diberi rawatan pesakit luar bagi luka dan lebam mereka.



Polis berkata dua lelaki dan satu wanita berusia antara 32 dengan 40 tahun telah dibawa ke TTSH. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >