Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 parti pembangkang bentuk perikatan bagi pilihan raya umum

Jan 04, 2020 | 02:48 PM



EMPAT parti pembangkang akan membentuk satu perikatan baru untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, yang harus diadakan selewat-lewatnya April 2021.



Menurut akhbar The Straits Times, Parti Warga Diutamakan (SingFirst), Parti Progresif Demokratik (DPP), Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Pembaharuan (RP) merancang mendaftar perikatan itu menjelang hujung bulan ini.



Langkah ini dijangka mengurangkan jumlah parti pembangkang daripada 11 – terbanyak sejak Singapura raih kemerdekaan – kepada lapan. Ini juga dijangka mengurangkan kemungkinan pertandingan tiga penjuru.



Seorang anggota DPP yang enggan mendedahkan identitinya turut berkata wakil empat parti pembangkang itu telah mendekati Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), parti Suara Rakyat dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang diterajui ahli politik veteran, Dr Tan Cheng Bock, yang juga mantan Anggota Parlimen dan bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Setiausaha agung NSP Spencer Ng berkata pilihan mereka kekal terbuka dan mereka tidak akan menyertai perikatan itu sekarang.



Seorang anggota PSP turut melahirkan sentimen sama.



Sementara itu, penolong setiausaha agung SPP Ariffin Sha berkata pucuk pimpinan partinya sebulat suara menolak usulan menyertai perikatan tersebut.



Ketua Suara Rakyat Lim Tean pula berkata beliau tidak sedar akan kerjasama itu.



Difahamkan, perikatan baru itu akan dipimpin setiausaha agung SingFirst Tan Jee Say dan merancang mengetengahkan 30 bakal calon dalam pilihan raya umum akan datang.



Perikatan Demokratik Singapura (SDA) merupakan satu-satunya perikatan yang pernah bertanding dalam pilihan raya di sini.



Selepas diasaskan ahli politik pembangkang veteran Chiam See Tong pada 2001, dua parti yang menyertai perikatan itu – NSP dan SPP – kini telah meninggalkannya.



Sekarang, hanya Parti Keadilan Singapura dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) bergerak di bawah naungan SDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >