LAGI 18 sekolah rendah dan menengah akan digabungkan dalam masa tiga tahun akan datang sedang pendaftaran pelajar terus berkurangan disebabkan oleh kadar kelahiran Singapura yang merosot.
Dua sekolah pertama yang akan digabungkan adalah Sekolah Rendah Juying (JYPS) dan Sekolah Rendah Pioneer, yang akan digabungkan pada 2022 dan beroperasi dari lokasi JYPS kini.
Kedua-dua sekolah itu digabungkan lebih awal daripada yang lain untuk memberi laluan kepada pembangunan lanjutan Laluan MRT Daerah Jurong, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (7 April).
Sekolah yang digabungkan itu dijangka akan berpindah ke lokasi sekolah baru di Distrik Plantation di Tengah mulai Januari 2025. Ia akan menjadi sekolah rendah pertama di kawasan Tengah.
Lagi 14 sekolah akan digabungkan pada 2023 dan dua lagi pada 2024. Ini termasuk Sekolah Rendah Eunos dan Sekolah Rendah Telok Kurau, yang akan mengambil lokasi Sekolah Rendah Telok Kurau; dan Sekolah Menengah Chua Chu Kang dan Sekolah Menengah Teck Whye, yang akan mengambil lokasi Sekolah Menengah Teck Whye.
Sejak 2010, 68 sekolah telah digabungkan, termasuk lapan maktab rendah pada 2019.
MOE berkata 23 sekolah juga telah dibuka dalam tempoh tersebut.
Sebahagian besar daripadanya adalah sekolah rendah di kawasan perumahan baru seperti Punggol dan Sengkang.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
4 pasang sekolah rendah, 5 pasang sekolah menengah bergabung di S'pura sedang bilangan pelajar berkurangan
Apr 07, 2021 | 06:16 PM