Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 pelajar dipuji kerana selamatkan mangsa serangan jantung

Oct 08, 2019 | 10:26 AM



PELAJAR Sekolah Tinggi Dunman, Cik Ng Wen Min, sedang menelaah pelajaraannya untuk peperiksaan GCE peringkat ‘A’ yang akan datang di dewan sukan sekolahnya pada September apabila beliau terdengar panggilan orang meminta tolong.



Sekumpulan lelaki, yang telah bermain bola keranjang di kampus itu, sedang mencari sesiapa yang tahu bagaimana melakukan  bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kerana rakan sepasukan mereka mengalami serangan jantung dan rebah.



Cik Ng, yang pernah belajar cara melakukan CPR sewaktu menjadi anggota St John Brigade,terus bergegas untuk membantu mangsa.

Reaksi cepat beliau berusia 18 tahun, serta respons cekap daripada pelajar sekolah itu yang lain telah menyelamatkan nyawa mangsa lelaki, Encik Koh Aik Koon, 44 tahun.



Empat daripada pelajar itu - Cik Ng rakan sekolahnya Cik Lim Qi Yang, 18 tahun, Cik Liau Xuan Xuan Valerie, 17 tahun, serta guru sekolah mereka Encik Ang Eng Choon, 60 tahun- diberikan Anugerah Menyelamatkan Nyawa Masyarakat (SCDF Community Lifesaver Award), yang mengiktiraf orang awam yang membantu menyelamatkan nyawa dan di mana tindakan mereka telah mendedahkan diri mereka kepada risiko. 



Sementara itu, dua pelajar lain, Cik Zhang Yiying, 17 tahun, dan bekas pelajar Sekolah Tinggi Dunman Encik Ken Teo Rong Jye, 54 tahun- menerima Anugerah Responden Masyarakat Utama SCDF (SCDF Community First Responder Award), iaitu anugerah yang disampaikan kepada mereka yang telah memberi bantuan kepada orang lain yang dalam kesulitan, telah menyelamatkan harta benda, atau keduanya.



Mengulas tentang kejadian pada 2 September lalu, Cik Ng berkata kepada wartawan The Straits Times (ST) bahawa beliau telah bergegas ke mangsa dan melakukan CPR kepadanya apabila beliau menyedari bahawa mangsa tidak bernafas dan nadinya tidak berdenyut.



Ia merupakan kali pertama beliau melakukan CPR di luar sesi latihannya.



"Saya amat gementar, tetapi saya mengingat kembali segala apa yang sudah dilatih, dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah saya raih untuk membantu mangsa," kata pelajar Program Bersepadu (IP) itu, sambil meluahkan rasa syukurnya kerana berada di tempat kejadian ketika ia berlaku.



Encik Koh, yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan bangunan, berkata beliau sangat berterima kasih kepada semua yang membantunya. "Saya tidak tahu bagaimana untuk membalas kebaikan (insan-insan mulia) saya ini," katanya.



Selain pelajar-pelajar itu, seorang pegawai perkhidmatan negara sepenuh Masa (NSF) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) turut membantu melakukan CPR kepada Encik Koh, NSF Encik Daniel Wong, 20 tahun, yang mendapat tahu tentang kejadian tersebut melalui notifikasi aplikasi ‘myResponder’ telah bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.



Beliau akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >