Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 pelaut antara kes import baru Covid-19; hanya 91 pesakit di hospital: MOH

Aug 13, 2020 | 10:36 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata daripada enam kes Covid-19 baru yang diimport, dua merupakan warga Singapura yang kembali ke sini dari Filipina pada 11 Ogos dan dari UAE pada 1 Ogos.


Kededuanya telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 14 hari sejurus tiba di Singapura.


Mereka diuji semasa menjalani SHN.


Baki kes import lain merupakan pelaut yang merupakan pemegang Pas Khas.


Mereka tiba di Singapura dari India pada 8 Ogos dengan kapal tetapi tidak turun daripada kapal tersebut.


Namun mereka menunjukkan simptom dan menjalani ujian swab ketika berada di kapal tetapi kekal tinggal di situ sehingga keputusan ujian mereka kembali positif bagi Covid-19.


Pelaut itu kemudian dibawa dengan ambulans ke hospital.


MOH berkata daripada lima kes dalam masyarakat, empat dikesan daripada pengawasan dan pemeriksaan proaktif kementerian tersebut.


Satu kes pula telah ditempatkan di kuarantin sebelumnya.


Menurut MOH, terdapat 21,700 pekerja kini masih menjalani tempoh kuarantin mereka.


“Pekerja ini akan diuji apabila kuarantin mereka berakhir, dan kami menjangkakan jumlah kes akan tetap tinggi dalam beberapa hari mendatang, sebelum ia berkurangan,” kata MOH dalam kenyataan pada Khamis malam (13 Ogos).


MOH berkata, 216 lagi kes jangkitan Covid-19 telah keluar daripada hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Hanya 91 kes yang masih di hospital, namun kebanyakan mereka stabil atau bertambah baik.


Tidak ada yang berada di unit rawatan rapi, manakala 4,643 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >