Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 program baru bekerja sambil belajar SkillsFuture bagi sektor berkembang

Lebih 7,000 pelatih raih manfaat program bekerja-belajar SkillsFuture
Aug 14, 2021 | 05:30 AM



EMPAT program bekerja sambil belajar SkillsFuture baru, yang menawarkan sekitar 300 tempat dalam tempoh tiga tahun akan datang, sedang dirancang.



Ia bertujuan memenuhi keperluan tenaga manusia negara dalam sektor membangun dan sedang berkembang.



Tiga program baru ini akan diperkenalkan menjelang Oktober ini.



Skim bekerja sambil belajar ini membolehkan orang dewasa memburu kelayakan lebih tinggi sambil bekerja.



Berucap di Pameran Bekerja Sambil Belajar SkillFuture yang diadakan secara maya semalam, Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman berkata dua memorandum persefahaman telah ditandatangani antara institut-institut pengajian tinggi dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Persekutuan Perkilangan Singapura)



Kerjasama itu, kata Dr Maliki, akan membenarkan institusi pengajian tinggi menggunakan rangkaian SBF dan SMF yang dianggotai 32,000 firma - kebanyakannya syarikat kecil dan sederhana (SME) - dan mendorong lebih banyak majikan mendapatkan pekerja bagi program tersebut.



MENTERI Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman berkata dalam ucapannya semasa Pameran Bekerja-Belajar SkillsFuture yang dijalankan dalam talian semalam, bahawa dua memorandum persefahaman telah ditandatangani antara masing-masing institut pengajian tinggi dengan Persekutuan Perniagaan Singapura dan Persekutuan Perkilangan Singapura



Lanjutan program bekerja-belajar itu menunjukkan keberkesanannya, kata Dr Maliki.



Memberikan contoh, dalam tinjauan yang dijalankan tahun lalu, sekitar 9 dalam 10 siswazah berpuas hati dengan program itu dan bersetuju mereka telah meraih kemahiran dan pengetahuan relevan untuk memulakan kerjaya mereka.



Dalam pada itu, lebih 96 peratus siswazah juga telah diambil bekerja enam bulan selepas tamat pengajian program bekerja-belajar.



"Program ini menawarkan peluang bagi pelajar kita untuk terus memperhalusi kemahiran yang mereka pelajari di sekolah menerusi latihan semasa bekerja dan projek di tempat kerja.



"Pengalaman berharga yang diraih memberikan asas yang penting dalam membantu pelajar maju dalam kerjaya mereka.



"Kemajuan yang dicatatkan para pelajar ini mungkin tidak dapat diraih melalui laluan akademik lebih tradisional dan vokasional," katanya.



Dr Maliki menambah menjelang 2025, pihak kementerian mempunyai matlamat untuk memastikan 12 peratus pelajar dalam setiap kohort meraih peluang bekerja-belajar.



Sejak pelancaran program itu pada 2015, lebih 7,000 pelatih dan lebih daripada 1,600 syarikat telah meraih manfaat daripadanya.



Antara syarikat yang telah meraih manfaat daripada program bekerja-belajar ini ialah Hotel Raffles Singapore daripada Accor Group.



Menurut Dr Maliki, hotel itu telah mengambil bekerja sejumlah 14 individu daripada program itu, dengan lima daripada mereka masih lagi menjalani latihan.



Sejak 2018, Hotel Raffles Singapore telah bekerjasama dengan Politeknik Nanyang, Politeknik Republic dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menerusi program Bekerja-Belajar untuk membangunkan bakat hospitaliti yang menyokong operasi perniagaan mereka.



Antara mereka ialah lulusan Sijil ITE Kebangsaan (Nitec) Benjamin Tong, yang mendaftar untuk kursus Sistem Keselamatan Kejuruteraan Bekerja-Belajar Institut Pendidikan (ITE), sebagai penolong jurutera dengan NEC Asia Pasifik.



Sebaik tamat kursus itu sebagai sebahagian daripada kohort perintis ITE, beliau telah dinaikkan gaji dan diberikan tanggungjawab tambahan, kata Dr Maliki.



Dengan tambahan empat program baru bekerja-belajar, kini terdapat 187 program sedemikian secara keseluruhannya.



Satu daripada tiga program yang akan ditawarkan Oktober nanti ialah Bekerja-Belajar Pos Diploma (Diploma Khusus dalam Teknologi Pertanian dan Perniagaan Pertanian) yang dibangunkan serta dikendalikan bersama oleh Politeknik Republic dan Ngee Ann.



Dua lagi program adalah dalam analitik perniagaan dan hiburan dan acara digital.



Pos Diploma Bekerja-Belajar SkillsFuture (WSQ Diploma Khusus dalam Aeroangkasa) merupakan program baru keempat dan akan diperkenal Januari tahun depan.



Ia akan melengkapi mereka yang inginkan kerjaya sebagai jurutera pesawat berlesen.



Skim itu termasuk latihan praktikal dan juga mempersiap peserta bagi peperiksaan yang dijalankan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >