Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

4 simbol negara baru yang perlu diketahui

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

4 simbol negara baru yang perlu diketahui

Sep 16, 2022 | 05:30 AM

KEPALA singa, mohor awam, ikrar negara dan bunga kebangsaan Vanda Miss Joaquim akan diiktiraf secara rasmi sebagai simbol negara bersama bendera negara, lambang negara dan lagu kebangsaan, selepas Parlimen meluluskan perubahan kepada undang-undang Selasa lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu diketahui tentang empat simbol kebangsaan baru:

  • IKRAR SINGAPURA

Beberapa draf ikrar negara telah diwujudkan pada 1966.

Ungkapan "Saya berikrar" ditukar kepada "Kami, rakyat Singapura, berikrar", dan frasa "untuk melupakan perbezaan bangsa, bahasa dan agama" menjadi "tidak kira apa bangsa, bahasa, atau agama".

Versi terakhir telah digubal oleh Mantan Menteri Ehwal Luar, Encik S. Rajaratnam, ketika itu untuk mempromosikan kebanggaan negara, berikutan pemisahan Singapura dari Malaysia pada 1965.

Ikrar itu wujud dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil, tidak seperti lagu kebangsaan yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu sahaja.

Sejak perasmiannya, pembacaan ikrar telah melalui perubahan selanjutnya. Pada mulanya, ia dibaca dengan tangan kanan diangkat melepasi bahu. Sejak 1988, atas saranan Kementerian Pertahanan, ia telah dibacakan dengan tangan kanan yang digenggam dan diletakkan di dada (gambar) supaya ia kelihatan lebih selaras dan "lebih mencerminkan aspek emosi", menurut Kementerian Pendidikan.

Ikrar tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial.

  • SIMBOL KEPALA SINGA

Kepala singa adalah simbol rasmi yang dilancarkan oleh pemerintah pada 1986 sebagai alternatif kepada bendera kebangsaan dan lambang negara yang lebih formal, yang dikawal oleh sekatan undang-undang yang mengelilingi penggunaan dan paparannya.

Desainnya direka oleh Encik Michael Lee, pengarah seni kanan di agensi pengiklanan Gartshore Keer dan Lim.

Desain yang dihasilkannya dipilih berbanding motif lain seperti flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan serta pokok palma.

Surai singa mempunyai lima belahan yang setiap satu mewakili cita-cita yang sama seperti lima bintang bendera - demokrasi, keamanan, kemajuan, kesaksamaan dan keadilan.

Warna rasmi simbol adalah merah, putih atau hitam, yang pengguna tidak boleh menyimpang daripadanya, walaupun ia telah dipaparkan dalam bentuk garis besar, timbul atau digambarkan sebagai tera air.

Reka bentuknya tidak boleh diubah suai atau mempunyai perkataan atau grafik yang diletakkan di atasnya.

  • MOHOR AWAM

Mohor awam Singapura terdiri daripada jata (Coat-of-Arms) negara yang dikelilingi dengan perkataan "Republik Singapura".

Ia mewakili Republik dan dilekatkan pada dokumen negara.

Cap mohor kebesaran diwujudkan pada 1959 sebagai simbol status Singapura sebagai negara yang mempunyai pemerintah sendiri.

Lambang itu diilhamkan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Toh Chin Chye, yang meminta bantuan artis pengantin baru berusia 25 tahun, Encik Joseph Teo, untuk menghasilkan reka bentuk itu.

Mohor awam hendaklah disimpan oleh presiden dan akan berada di bawah perlindungan berkanun.

  • BUNGA KEBANGSAAN

Pada 1981, Kementerian Kebudayaan membentuk jawatankuasa kebangsaan untuk memilih bunga kebangsaan yang mewakili negara ini.

Jawatankuasa ini meneliti lebih 40 jenis bunga untuk mencari satu yang popular, berbunga bebas dan berwarna-warni.

Akhirnya, Vanda Miss Joaquim telah dipilih kerana "daya tahan dan kualiti mekar sepanjang tahun".

Kacukan antara Vanda hookeriana dengan Vanda teres, anggerik itu dinamakan sempena Miss Agnes Joaquim, warga Armenia kelahiran Singapura yang membiak bunga itu di taman rumahnya di Tanjong Pagar pada 1893. Ia direkodkan sebagai kacukan anggerik pertama Singapura.

Anggerik itu boleh ditemui di Kebun Orkid Negara, Kebun Bunga, Taman Orkid Mandai dan Taman Vanda Miss Joaquim di Tanjong Pagar.

Pada masa ini tiada garis panduan yang mengawal selia penggunaan bunga kebangsaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3