40 ditangkap lepas serbuan ke atas tempat hiburan awam, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

40 ditangkap lepas serbuan ke atas tempat hiburan awam

May 17, 2016 | 02:47 PM

Empat puluh orang ditangkap selepas operasi penguatkuasaan tiga hari hujung minggu lalu, umum polis dalam satu kenyataan pada Selasa (17 Mei).

Seramai 300 orang diperiksa antara Jumaat dan Ahad lalu, dalam operasi yang diketuai oleh pegawai Divisyen Polis Central. Mereka memeriksa 36 premis di kawasan seperti Jalan Besar, Kitchener Road, Jalan Sultan, Beach Road dan New Bridge Road.

Mereka yang ditahan berusia antara 19 dan 52 tahun dan didakwa melakukan kesalahan jenayah dan pekerjaan berkaitan. Tindakan juga diambil terhadap 14 pusat hiburan awam kerana melanggar syarat pelesenan.

Siasatan masih berjalan.

Antara Januari lalu dan bulan ini, polis juga mengambil tindakan ke atas pengendali rumah urut melanggar undang-undang di kawasan seperti Chinatown, Bugis, dan Lavender Street.

Discover Malay Home Based Businesses

Tujuh pengarah pusat hiburan awam dan pemegang lesen mereka, serta 11 pengusaha rumah urut dijangka didakwa di mahkamah pada Rabu berkaitan kesalahan di bawah Akta Hiburan dan Pertemuan Awam dan Akta Rumah Urut.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map