Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40 kes tipu penyamaran pegawai Interpol, Mahkamah Tinggi S'pura, dilapor Jan-April 2021

Mangsa kehilangan $3.9 juta
Apr 21, 2021 | 04:54 PM



LEBIH 40 laporan polis dibuat antara Januari dengan April 2021 oleh mangsa kes penipuan yang kehilangan lebih $3.9 juta .



Mangsa kes penipuan ini dikatakan menerima panggilan telefon yang tidak diminta daripada pemanggil yang mendakwa mereka mewakili Mahkamah Tinggi Singapura atau Polis Antarabangsa (Interpol) cawangan Singapura.



Mereka kemudian diberitahu mereka disiasat kerana kegiatan pengubahan wang haram.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Rabu (21 April), pihak polis berpesan kepada orang ramai tentang varian baru Penipuan Penyamaran Pegawai Pemerintah (GOIS) yang mensasarkan pada mangsa yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.



Dalam varian baru ini, si penipu mengaku diri mereka pegawai Mahkamah Tinggi Singapura atau Interpol. Mereka memperdaya mangsa agar memindahkan wang bagi kononnya mengelakkan siasatan jenayah kerana kesalahan pengubahan wang haram yang tidak pernah mangsa lakukan.



Mangsa, jelas polis, dirujukkan kepada pegawai Interpol bernama Eric Wong Teng Hui bagi pengurusan kes dan diarahkan memuatturunkan aplikasi pesanan Line bagi komunikasi selanjutnya.



Menerusi WhatsApp atau Line, mangsa kemudian ditunjukkan gambar pas palsu Polis Antarabangsa Interpol serta surat daripada Pasukan Polis Singapura dengan nama dan alamat mereka di samping tanda tangan Inspektor Yong Tian Ming bagi memberi gambaran palsu bahawa mangsa benar-benar dalam siasatan polis.



Mangsa kemudian diarahkan agar memberi dokumen identiti mereka untuk disahkan dan menyerahkan wang bagi siasatan dengan memindahkannya kepada beberapa akaun bank yang dikawal si penipu.



Mangsa juga diberitahu dan diberi jaminan wang yang dipindahkan itu akan dikembalikan selesai sahaja siasatan. Dalam beberpaa kes tertentu, mangsa juga diminta menyerahkan akaun bank dan akaun SingPass mereka, kononnya sebagai sebahagian langkah siasatan.



Polis menasihati orang awam agar berhati-hati apabila menerima panggilan sebegini yang meminta mereka menyerahkan wang atau butiran bank bagi mengelakkan siasatan jenayah.



Antara yang perlu anda lakukan apabila terima panggilan sebegini adalah ikuti panduan berikut daripada polis.



* Abaikan sahaja panggilan itu dan perintah si pemanggil.



* Tiada agensi pemerintah yang akan mendesak bayaran menerusi cara tanpa dokumentasi seperti panggilan telefon atau wadah pesanan sosial lain sambil mendesak anda menyerahkan wang tunai kepada orang yang tidak dikenali identitinya. Tiada juga yang sepatutnya bertanya kepada anda mengenai maklumat perbankan peribadi seperti kata laluan perbankan Internet.



* Bagi penduduk asing yang menetap di sini, menerima panggilan telefon daripada orang yang mendakwa diri mereka pegawai polis atau pegawai pemerintah/kerajaan daripada negara asal anda, adalah sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Hubungi pihak kedutaan atau suruhanjaya tinggi bagi memastikan panggilan itu bukan palsu. 



* Elakkan daripada mendedahkan butiran peribadi dan bank menerusi laman Internet atau panggilan telfon. Butiran peribadi dan bank seperti nama akaun bank dan kata laluannya, kod OTP daripada token boileh disalahgunakan penjenayah. Jangan buat sebarang pindahan wang hanya kerana ia didesak si pemanggil. 



* Hubungi teman yang anda percayai atau saudara-mara sebelum buat sebarang tindakan. Jangan rasa tertekan untuk langsung bertindak tanpa usul periksa.



* Jika sangsi, hubungi 999, temui pegawai polis di pusat polis kejiranan berhampiran rumah anda.



Sebarang maklumat mengenai penipuan boleh dilaporkan kepada talian 'hotline' Polis di 1800-255-o000. Kirimkan maklumat kepada laman www.police.gov.sg/iwitness. Hubungi 999 jika anda perlukan bantuan segera daripada polis. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >