Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40 peratus pemandu kereta sewa belum mendapatkan lesen vokasional

Jun 01, 2018 | 12:14 PM



TERDAPAT sekitar 56,300 pemandu kereta sewa berkhidmat buat masa sekarang namun jumlah yang besar mungkin terpaksa berhenti daripada mengambil penumpang dalam masa sebulan. 



Menurut akhbar The Straits Times, seramai 23,900 pemandu, iaitu dalam 40 peratus, masih belum menjalani latihan Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) atau lulus ujian tersebut. 



Pemandu kereta sewa telah diberikan tempoh sebulan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk terus berkhidmat mengambil penumpang setelah skim lesen vokasional itu diperkenalkan pertengahan tahun lalu. 



Pemandu dibenarkan berkhidmat untuk aplikasi seperti Grab dan Uber, yang kini tidak beroperasi lagi, jika mereka menghantarkan permohonan untuk PDVL sebelum Julai tahun lalu. 



LTA telah memberikan pemandu sehingga 30 Jun tahun ini untuk menjalani kursus lesen vokasional 10 jam itu dan lulus ujiannya. 



Jika gagal, mereka terpaksa berhenti mengangkat penumpang. 



Dalam satu kenyataan, LTA berkata bahawa ia memberi galakan kepada seramai 23,900 pemandu itu untuk berdaftar untuk latihan dan menduduki ujian PDVL. 



“Ini adalah untuk mengelakkan situasi di mana pemandu-pemandu tidak dapat memperoleh PDVL pada 30 Jun disebabkan pendaftaran minit terakhir yang banyak,” kata LTA. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >