Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

400 hadir dalam konsert selepas sekatan Covid dilonggarkan

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



BAGAIKAN bernafas kembali apabila berpeluang beraksi di pentas gah Teater Sands di Marina Bay Sands (MBS) kelmarin.



Itulah yang dirasakan penghibur dan juara Singapore Idol Musim Ketiga, Sezairi, setelah sekian lama tidak muncul dalam acara awam besar-besaran dek sekatan wabak Covid-19.



Sezairi, 33 tahun, adalah antara lima artis tempatan, yang menghiburkan lebih 400 pencinta muzik dalam hari pertama konsert pop Back To Live.



Acara ini disifatkan sebagai persembahan 'live' terbesar di Singapura (dengan had 500 penonton sehari) yang diadakan sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 berkuat kuasa pada April lalu.



Selain Sezairi, Benjamin Kheng, Narelle, Linying dan 'rapper' The Lion City Boy menjayakan konsert kelmarin.



Semalam, giliran Aisyah Aziz, Charlie Lim dan Keyana pula menggegarkan pentas MBS dalam acara kerjasama lokasi seni itu dengan penganjur acara langsung, AEG Presents dan agensi acara Collective Minds.



Lembaga Pelancongan Singapura (STB) turut menyokong acara ini.



Sebagai langkah keselamatan, sejajar dengan ketetapan ujian perintis praacara yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (MOH), semua yang menghadiri Back To Live perlu menjalani ujian pantas antigen percuma di MBS.



Mengulas rasa terujanya diselubungi bahang persembahan, Sezairi yang berpeluang menampilkan lagu terkininya Raindrops, menjelaskan:



"Saya berbesar hati dan teruja dapat membuat persembahan di acara muzik terbesar sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 ini.



"Tahun ini memang sangat sukar buat semua orang tetapi bersama-sama kita dapat membuktikan kita dapat mengatasi tempoh sulit dan bangkit dengan semangat baru."



Raindrops adalah lagu dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang merupakan susulan daripada album EP beliau, Undertones, yang diterbitkan Mac lalu.



Ia mengisahkan tentang kehilangan segala yang pernah bertakhta di hati.



Sementara itu, antara penonton yang begitu teruja hadir di acara tersebut adalah Encik Affandi Jamil, 43 tahun, seorang pengarah teknikal.



Katanya: "Saya memang peminat muzik dan akan ke konsert sebulan sekali sewaktu tempoh sebelum Covid-19.



"Apabila wabak ini melanda, sebahagian besar daripada rutin hidup saya berubah bosan. Justeru, saya gembira dapat hadir di MBS bagi melepaskan rindu terhadap konsert langsung. Tak mengapa kalau perlu jalani ujian pantas antigen."



Back To Live membuka jalan bagi banyak konsert lain yang akan menyerikan Tahun Baru 2021 setelah Fasa 3 dilancarkan kelak.



Antara konsert Januari depan adalah Rock 21 yang menggabungkan legenda rok Yazid Lovehunters dan Hanafie Warren serta roker pelapis, Eiss serta AL!VE di Panggung Capitol yang mengetengahkan Art Fazil, Hyrul Anuar dan Rahila Rashun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >