Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

400 isi rumah di GRC East Coast terima bal lampu jimat tenaga

Dec 20, 2020 | 09:09 PM



SEKITAR 400 isi rumah memerlukan di GRC East Coast tidak lama lagi akan menerima bal lampu penjimat tenaga bagi mengurangkan bayaran bil elektrik mereka.



Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerjasama antara Majlis Perniagaan Singapura Amiriah Arab Bersatu atau UAE (UAESBC) dengan pertubuhan akar umbi GRC East Coast.



Program ini akan memanfaatkan sumbangan $20,000 - separuh daripada UAESBC dan separuh lagi daripada Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East - bagi membeli bal lampu yang akan diberikan kepada isi rumah ini.



UAESBC yang ditubuhkan pada 2018 bertujuan menggalak, menyokong dan memperkukuh pembangunan inisiatif perdagangan dan perniagaan antara UAE dan Singapura.



Pada Ahad, pertubuhan ini menyampaikan cek $10,000 kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang menerimanya bagi pihak pertubuhan akar umbi.



Di bawah inisiatif ini, UAESBC telah berikrar untuk menyumbangkan $5 bagi setiap satu kilogram sisa elektronik (peralatan elektronik yang terbuang) yang terkumpul untuk dikitar semula di GRC East Coast sejak Oktober tahun ini. 



Pertubuhan akar umbi GRC ini telah menganjurkan gerakan kitar semula secara dwibulanan sejak Ogos tahun ini dengan UAESBC mengerahkan sukarelawannya agar membantu penduduk warga emas yang tidak berupaya mengangkat sisa elektronik itu. Sukarelawan ini akan membawa sisa tersebut ke tapak kitar semula yang disediakan. 



Dr Maliki, yang juga penasihat pertubuhan akar umbi di GRC East Coast berkata, sekitar 1,519 kilogram sisa elektronik dikumpulkan sejak Oktober lalu dengan keyakinan GRC ini mampu memenuhi sasaran mengumpulkan 2,000 kilogram sisa elektronik.



Sebagai sebahagian inisiatif ini, pemimpin akar umbi di GRC East Coast akan mengenal pasti isi rumah yang layak serta menentukan jenis bal lampu yang mereka perlukan.



Sukarelawan UAEBSC pula akan membantu memasang bal lampu tersebut di rumah penerima bantuan yang dikenal pasti.



Bersama wakil pertubuhan, Dr Maliki telah mengunjungi rumah tiga keluarga memerlukan bagi memasang bal lampu jimat tenaga di rumah mereka pada Ahad (20 Disember).



"Kami gembira dengan sikap murah hati UAESBC dalam memperbaiki kesejahteraan keluarga memerlukan di GRC East Coast," kata Dr Maliki.



Presiden UAESBC, Encik Brian Shegar, berkata pertubuhannya berbesar hati dapat menyertai program ini.



"Kami tertarik dengan konsep menggalakkan proses kitar semula di Singapura dan membantu warga Singapura mengurangkan kos bil elektrik dengan mengubah kepada lampu LED," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >