HUJAN yang turun dengan lebat jelas tidak menjejas semangat sekitar 400 penunggang motosikal setempat yang terlibat dalam satu acara mengumpul dana bagi mangsa Palu dan Donggala, di Sulawesi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Semangat yang dipamer itu mendapat pujian Duta Besar Indonesia I Gede Ngurah Swajaya yang menjadi tuan rumah acara kelmarin yang turut dihadiri tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.