Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

400 sertai skim perintis promosi kepelbagaian budaya

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN Encik Sunil Shetty tidak pernah menghadapi masalah dengan jiran Cinanya yang membakar kertas berhala (joss paper) ketika Perayaan Bulan Hantu, beliau kini memahami mengapa jirannya melakukan upacara itu.



Pengurus Pangkalan Data di sebuah bank itu merupakan antara 400 individu yang menyertai program perintis SG CORE (Perpaduan dan Ketahanan) yang bertujuan mempromosi kepelbagaian budaya di Singapura.



Mereka menerima pengiktirafan itu selepas tamat program tersebut dalam satu majlis di Shaw Theatres Lido di Orchard Road baru-baru ini.



SG CORE anjuran badan bukan pemerintah Humanity Matters dan disokong Yayasan Temasek, dilancarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam pada September lalu.



Individu boleh sertai program itu dengan sukarela atau menerima galakkan dari agensi atau organisasi mereka sendiri.



Encik Shetty, yang menyertai program itu tahun lepas berkata, "Upacara sebegini penting dalam budaya mereka (Cina) dan kita perlu memahami.



"Menerusi banyak penglibatan dan perbincangan ketika program itu, saya juga belajar lebih banyak tentang agama-agama lain.



"Ia membuka mata kerana saya tidak tahu terdapat begitu ramai orang dari pelbagai agama yang tinggal di Singapura."



Sebagai permulaan, program empat jam itu disasarkan kepada individu dengan kerjaya berkaitan keselamatan, anggota perkhidmatan negara, Konstabel Khas Sukarela (VSC), relawan Rondaan Rakyat (COP) dan sebagainya.



Program itu akan diperluaskan kepada pelajar yang terlibat dalam kumpulan seragam di sekolah tahun hadapan.



Encik Kim Zi Jie, berusia 24 tahun, yang menghadiri program itu tahun lepas berkata:



"Walaupun program itu hanya berlangsung selama empat jam, ia adalah titik permulaan yang baik. Ia sumber pemangkin dalam mencetuskan minat kami terhadap isu-isu sebegini."



Mahasiswa tahun ketiga Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu menambah, selepas menyertai program itu, beliau lebih banyak mengambil bahagian dalam kegiatan melibatkan antara agama dan budaya selain menawarkan diri bagi inisiatif pengagihan makanan bagi membantu keluarga kurang bernasib baik.



Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling yang merupakan tetamu kehormat di majlis tersebut berkata:



"Banyak usaha telah dilakukan untuk memastikan keharmonian antara kaum di Singapura, tetapi usaha itu tidak akan berakhir kerana isu perkauman dan agama boleh timbul dari masa ke semasa."



Beliau memetik satu kejadian di mana kenyataan berbaur perkauman dibuat oleh seorang lelaki berbangsa Cina kelahiran Singapura kepada pasangan yang berlainan bangsa, pada Jun tahun lepas.



"Walaupun tidak semua insiden perkauman dijadikan tajuk utama berita, kami tahu perbuatan ini berlaku dalam kalangan kita, di kawasan kejiranan, sekolah-sekolah dan tempat kerja," tambahnya.



Beliau menyifatkan perpaduan serta keharmonian kaum dan agama yang ada di Singapura "bukan semula jadi".



"Di luar dasar undang-undang, kita perlu secara kolektif mendekati rakan-rakan di Singapura untuk memupuk persefahaman dan kepercayaan bersama yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat dan sentiasa ingat usah kita melawan sikap perkauman dan ekstremisme dengan memberi tindak balas yang sama dan lebih teruk," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >