Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,000 pekerja ingin ditarik sektor penerbangan akhir tahun: Iswaran

T4 dibuka semula 13 Sep, permintaan perjalanan udara dijangka meningkat
t4
Aug 31, 2022 | 05:30 AM



TERMINAL 4 (T4) Lapangan Terbang Changi akan dibuka semula pada 13 September bagi memenuhi permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat pada akhir tahun ini.



Menurut Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, permintaan bakal meningkat kepada sekitar 80 peratus paras prapandemik hujung tahun ini.



Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan ke T4 semalam bagi melihat kesediaan operasi di sana.



Bagi menampung permintaan itu, kata Encik Iswaran, sektor penerbangan di sini akan berusaha meningkatkan tenaga kerja mereka.



"Untuk dapat meningkat lagi dan memenuhi jangkaan peningkatan jumlah penerbangan dan penumpang pada akhir tahun ini, matlamat kami ialah mengambil 3,500 hingga 4,000 lagi pekerja bagi masyarakat penerbangan," kata Encik Iswaran kepada media.



Sebelum ini, beliau mendedahkan 4,000 pekerja telah diambil dalam sektor penerbangan pada separuh pertama tahun ini.



Pada hujung tahun lalu, terdapat 25,000 tenaga kerja dalam sektor itu - turun daripada 35,000 sebelum pandemik Covid-19.



"Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi kami juga perlu memastikan orang yang datang perlu dilatih dan bersedia untuk keperluan operasi.



"Ini adalah latihan utama dan semua pihak berkepentingan masyarakat penerbangan sangat tertumpu pada perkara ini," ujar Encik Iswaran.



Beliau percaya kesemua terminal Lapangan Terbang Changi (Terminal 1 hingga 4) telah bersiap sedia untuk memenuhi permintaan pelawat.



"Berdasarkan semua kerja persediaan dan penilaian pasukan pengendali, kami berada di kedudukan baik untuk mencapai matlamat kami, iaitu memastikan Changi secara keseluruhannya berdaya menguruskan kira-kira 70 juta jumlah penumpang - kedudukan kita kami sebelum Covid," ujar beliau.



Sejak Mei, Changi Airport Group (CAG) telah menjalankan ujian kesediaan operasi bersama syarikat penerbangan dan rakan kongsi lapangan terbang bagi memastikan kelancaran semula operasi di T4.



T4 mempunyai 21 pintu perhubungan dan dapat memberi khidmat kepada sekitar 16 juta penumpang setahun.



Ini juga akan menyokong rancangan syarikat penerbangan melancarkan lebih banyak penerbangan di sini.



Cathay Pacific dan Korean Air akan mula operasi penerbangan di T4 pada 13 September, disusuli AirAsia Group pada 15 September.



Cebu Pacific, Juneyao Air, Jeju Air, Bamboo Airways dan HK Express akan mulakan operasi di sana pada 20 September.



Syarikat penerbangan lain, seperti Vietnam Airlines, VietJet Air dan Thai VietJet Air, akan berpindah ke T4 pada 22 September.



Sebelum ini, Jetstar Group dijadualkan beroperasi di teminal itu pada 25 September.



Namun, perbincangan sedang dijalankan selepas Jetstar meluahkan kekecewaan mereka terhadap langkah CAG itu.



Encik Iswaran berkata kedua-dua pihak harus diberi masa" supaya semua objektif mereka dapat dicapai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >