Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40,000 keluarga sertai inisiatif Kembali ke Sekolah bersama Bapa

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 40,000 keluarga di 32 sekolah rendah akan mengambil bahagian dalam inisiatif Kembali ke Sekolah bersama Bapa pada tahun persekolahan akan datang yang bermula pada 4 dan 5 Januari.



Inisiatif itu, yang menggalak golongan bapa untuk menemani anak-anak mereka ke sekolah pada dua hari pertama, dianjurkan oleh Pusat Kebapaan (CFF) dan gerakan nasional Bapa Sepanjang Hayat.



Sejak 2006, CFF telah mendorong golongan bapa untuk meluangkan masa pada dua hari pertama tahun persekolahan untuk menemani anak-anak mereka masuk ke kelas baru.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling menekankan peranan penting yang dimainkan oleh kedua-dua ibu dan bapa dalam asuhan serta pendidikan anak.



"Biasanya, kita sering melihat ibu-ibu lebih terlibat dalam proses ini. Tetapi bapa juga penting, dan harus berganding dengan pasangan mereka dalam usaha ini. Oleh itu, Kembali ke Sekolah bersama Bapa adalah inisiatif yang sangat baik, dan saya menggalak semua sekolah kita untuk menerimanya bagi mendorong ikatan bapa-anak," katanya.



Cik Sun menambah, sedang inisiatif itu memberi tumpuan kepada dua hari pertama tahun persekolahan, beliau berharap ia dapat berfungsi sebagai pemangkin untuk usaha yang lebih berterusan.



"Kami berharap dapat melihat semua bapa meluangkan lebih banyak masa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan menulis nota galakan kepada mereka secara kerap," katanya.



Kad Kembali ke Sekolah bersama Bapa juga telah direka untuk bapa menulis nota galakan kepada anak-anak mereka, satu kejutan bagi pelajar apabila mereka menemuinya di dalam kotak makanan mereka pada waktu rehat.



Ketua Eksekutif CFF dan Bapa Sepanjang Hayat, Encik Bryan Tan, berkata: "Kami berharap lebih banyak sekolah akan menghargai pentingnya penglibatan seorang bapa dalam perjalanan persekolahan anaknya dan mengikrarkan sokongan mereka terhadap inisiatif Kembali ke Sekolah bersama Bapa."



Berkongsi pengalamannya sendiri, Encik Tan berkata: "Apabila saya menghantar anak-anak saya ke sekolah, saya perhatikan bahawa mereka selalu menoleh ke pagar sekolah untuk melihat apakah saya masih ada di situ sebelum mereka memasuki sekolah. Ini membuat saya sedar bahawa kehadiran saya meyakinkan mereka bahawa ayah akan sentiasa ada, menjaga mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >