Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40,000 tiket bas VTL habis dijual dalam masa dua hari

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR 40,000 tiket bas di bawah aturan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Singapura dengan Malaysia habis dijual dalam beberapa hari sahaja selepas kuota penumpang dipulihkan sepenuhnya bagi perjalanan bermula 22 Februari.



Bahkan semua tiket bagi perjalanan sehingga 21 Mac telah habis dijual.



Transtar Travel Singapura mula menjual tiket tambahan VTL darat untuk perjalanan antara 22 Februari dengan 21 Mac mulai 6 petang kelmarin.



Menjelang 8 malam, sekitar 40 peratus tiket telah dibeli, dan ia habis dijual pada tengah malam, kata jurucakapnya kepada The Straits Times.



Syarikat itu mengendalikan 24 perkhidmatan bas VTL antara Woodlands dengan Larkin Sentral di Johor Baru setiap hari, dengan 12 perkhidmatan di setiap arah.



Ini akan ditambah kepada 48 perkhidmatan mulai 22 Februari. Setiap bas hanya boleh memuatkan sehingga 45 penumpang.



Sementara itu, pengendali bas Malaysia, Causeway Link, mula menjual tiket tambahan VTL dari 10 pagi Khamis lalu, tetapi hanya untuk perjalanan antara 22 Februari dengan dan 28 Februari.



Kesemua 7,560 tiket telah habis dijual pada 11.30 pagi, kata jurucakap syarikat itu.



Tiket tambahan VTL untuk bulan Mac akan dikeluarkan tidak lama lagi, katanya.



"Kami perlu membuat beberapa penambahbaikan kepada tempahan sebelum kami membukanya," tambah jurucakap itu.



Syarikat itu kini mengendalikan 30 perkhidmatan bas antara Queen Street dengan Larkin Sentral setiap hari.



Ini dikembalikan kepada 60 perkhidmatan mulai 22 Februari.



Tawaran tiket tambahan itu menerima permintaan hebat, ramai yang mahu membeli tiket tersebut menggunakan media sosial untuk menyuarakan kekecewaan mereka dek masa menunggu yang lama dan masalah sistem.



Ada pula yang menuduh terdapat pihak lain yang membeli tiket dan menjualnya semula di platform e-dagang dengan harga lebih $100.



Tiket bas untuk dewasa biasanya berharga $15 di Singapura dan RM20 (S$6.40) di Malaysia.



Apabila skim VTL darat itu mula dilancarkan pada 29 November tahun lepas, sehingga 2,880 pengembara dibenarkan menyeberangi Tambak menggunakan bas yang ditetapkan setiap hari.



Kapasiti ini telah ditambah kepada 4,320 orang, tetapi dari 22 Disember hingga 20 Januari lalu, penjualan tiket baru telah digantung dan kuota dikurangkan separuh untuk perjalanan dari 21 Januari dan seterusnya.



Ini untuk mencegah penyebaran varian Omicron.



Dalam satu kenyataan kelmarin, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata ia memulihkan kuota VTL darat kerana kes import Covid-19 kini tidak mungkin menjejas anggaran jangkitan tempatan.



Langkah sempadan untuk pengembara VTL darat juga akan diperkemas.



Mulai 11.59 malam 21 Februari, protokol ujian dipertingkat yang memerlukan ujian pantas antigen(ART) kendiri pada hari kedua hingga ketujuh ketibaan akan dihentikan. Ini bermakna pengembara VTL darat hanya perlu melakukan ujian sebelum berlepas dan ujian semasa ketibaan.



Untuk ujian semasa ketibaan, ujian ART kendiri yang diselia di terminal bas tidak lagi diperlukan, sebaliknya ujian itu perlu diambil dalam masa 24 jam selepas ketibaan, di pusat ujian cepat atau pusat ujian gabungan.



Sementara itu, hanya pemegang permit kerja dan pelawat jangka pendek yang layak melakukan perjalanan melalui darat VTL perlu memohon pas perjalanan divaksin sekarang.



Pemegang pas jangka panjang yang lain tidak perlu lagi memohon pas sedemikian.



MTI berkata pemerintah akan terus mengkaji semula langkah-langkah sempadan dan mengembangkan skim VTL darat secara progresif dengan cara yang selamat dan ditentukur, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di kedua-dua negara dan di seluruh dunia.



Singapura juga sedang berbincang dengan Malaysia mengenai perluasan skim VTL darat untuk kemasukan kenderaan persendirian dan bas, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang mempengerusikan pasukan petugas pelbagai kementerian, menangani Covid-19.



Sebelum sempadan ditutup pada Mac 2020, 415,000 orang merentasi koswe Woodlands dan Tuas Second Link setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >