Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40,000 warga boleh terima bayaran pemerintah di ATM dengan khidmat GovCash

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 40,000 rakyat Singapura yang menerima bayaran pemerintah melalui cek kini boleh mengeluarkannya dengan cepat dan mudah di ATM menerusi satu khidmat baru GovCash.



Dilancarkan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dengan kerjasama OCBC Bank dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), GovCash membolehkan rakyat mengeluarkan bayaran pemerintah dalam bentuk wang tunai daripada 500 ATM OCBC di Singapura.



Lembaga itu mengumumkan pelancaran khidmat tersebut semalam.



Antara contoh bayaran pemerintah ialah Tambahan Pendapatan Daya Kerja, Bayaran Khas Daya Kerja dan Anugerah Komitmen Latihan, lapor The Straits Times.



Cek dihantar kepada penerima yang tidak dapat menggunakan khidmat pengkreditan langsung bank untuk menerima bayaran tersebut.



Lembaga CPF berkata GovCash menggantikan kaedah sekarang yang mengeluarkan cek kepada penerima seperti itu.



Rakyat Singapura tidak perlu mempunyai akaun OCBC untuk menggunakan ATM bagi khidmat GovCash.



Pengguna khidmat itu boleh mendapatkan bantuan duta digital jika mereka mengunjungi ATM yang terletak di cawangan bank itu semasa waktu operasi.



Selain mengeluarkan bayaran dalam wang tunai, rakyat Singapura juga boleh memilih memindahkan wang kepada akaun bank pilihan mereka menggunakan PayNow melalui aplikasi LifeSG dan dengan log masuk menggunakan Singpass mereka.



Encik Melvyn Low, ketua perbankan urus niaga global OCBC, berkata:



"Menerima bayaran pemerintah dengan segera adalah satu manfaat utama bagi rakyat Singapura. Ini dibolehkan melalui kemudahan pengeluaran khidmat layan diri ATM dalam cara yang selamat.



"OCBC berbesar hati menyokong Lembaga CPF dalam misinya untuk terus meningkatkan pengalaman perkhidmatan bagi rakyat Singapura melalui inisiatif seperti GovCash, yang membawa kita selangkah lebih dekat kepada visi Negara Bijak untuk berkhidmat kepada rakyat dan perniagaan dengan lebih baik melalui teknologi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >