Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

400,000 warga terima bantuan WIS setiap tahun: Zaqy

Nov 04, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 400,000 individu secara purata menerima bantuan di bawah skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) setiap tahun dalam tempoh tiga tahun lalu, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Daripada jumlah itu, sekitar 11 peratus berusia 35 hingga 44 tahun; 21 peratus berusia 45 hingga 54 tahun; 18 peratus berusia 55 hingga 59 tahun; dan 49 peratus berusia 60 tahun dan ke atas.



Dalam tempoh yang sama, bayaran WIS purata yang diterima penerima setiap tahun ialah sekitar $1,560 sementara jumlah maksimum ialah $3,600.



Encik Zaqy berkata skim itu merupakan tunggak keselamatan sosial utama bagi pekerja bergaji rendah rakyat Singapura, dan kajian telah menunjukkan bahawa skim itu berkesan dalam memberi motivasi kepada rakyat Singapura yang kurang berpendidikan, terutamanya dalam kumpulan usia lebih lanjut, supaya memasuki dan kekal dalam pekerjaan.



Skim itu menyediakan bayaran wang tunai tambahan dan tokokan CPF demi menggalak pekerja bergaji rendah yang layak supaya bekerja dengan kerap dan membina simpanan CPF mereka.



"Ini adalah penting kerana penyertaan tenaga kerja adalah kunci dalam menambahkan pendapatan isi rumah mereka dan keupayaan untuk membuat simpanan bagi persaraan," kata beliau.



Lebih $6.8 bilion telah diagihkan kepada 890,000 pekerja bergaji rendah antara 2007 dengan 2019 di bawah skim itu.



Skim itu telah disemak dengan kerap sejak dilancarkan pada 2007, dengan had pendapatan dan bayaran yang layak dinaikkan sebanyak empat kali demi memastikan pekerja menerima sokongan berterusan.



Dalam pada itu, Encik Zaqy berkata terdapat sekitar 52,000 rakyat Singapura yang meraih gaji kurang $1,300 sebulan termasuk sumbangan WIS dan selepas sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Ini terdiri daripada 30,000 individu yang bekerja sepenuh masa dalam bidang seperti khidmat makanan dan minuman dan pembersihan dan 22,000 individu yang bekerja sendiri, kata beliau ketika menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Dr Jamus Lim, yang bertanya berapa ramai rakyat Singapura yang berpendapatan kurang $1,300 sebulan.



Daripada 30,000 individu bekerja sepenuh masa itu, Encik Zaqy berkata empat daripada lima rakyat Singapura itu memiliki kelayakan sehingga pascamenengah dan lebih sepertiga berusia 50 tahun dan ke atas, sekali gus menunjukkan kebanyakan pekerja bergaji rendah merupakan mereka yang lanjut usia dan mempunyai profil pendidikan lebih rendah berbanding generasi semasa.



Beliau juga berkata bahawa Singapura mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi definisi pendapatan, yang termasuk sumbangan pekerja kepada skim keselamatan sosial dan pencen, dan negara ini menganggap pendapatan peribadi merangkumi sumbangan CPF dan bayaran WIS kerana ia boleh digunakan bagi keperluan jagaan kesihatan dan perumahan.



"Saya rasa perlu diketahui bahawa 75 peratus penerima skim Daya Kerja kami, pekerja bergaji rendah, juga memiliki rumah sendiri dan oleh itu, terdapat kesan langsung daripada CPF dalam pemilikan rumah anda," kata Encik Zaqy.



Dr Lim kemudian berkata: "ILO mempunyai definisi khusus tetapi saya pasti bahawa beliau juga akan menghargai bahawa bagi seorang pekerja yang bekerja sepenuh masa di Singapura, mereka akan tahu berapa banyakkah nilai usaha buruh mereka setiap bulan."



Encik Zaqy kemudian meminta Dr Lim menjelaskan pendirian Parti Pekerja (WP) tentang tahap gaji minimum kerana ia tidak jelas sama ada parti itu menyarankan tahap gaji minimum $1,300 kasar atau bersih.



Dr Lim kemudian berkata soalannya bukan berkaitan gaji minimum tetapi mengenai gaji yang dibawa pulang, namun begitu Encik Zaqy terus meminta beliau mengesahkan sekali lagi sama ada tanda aras gaji minimum $1,300 WP merupakan pendapatan kasar.



Pada mulanya, Dr Lim berkata ia adalah merupakan "gambaran adil", tetapi kemudian beliau menjelaskan bahawa "kedudukan WP mengenai gaji minimum dibawa pulang ialah bagi $1,300 sebulan bagi kerja sepenuh masa dan prorata bagi kerja sambilan, dan bukan pendapatan kasar".



Encik Zaqy berkata pemerintah akan terus menyediakan sokongan menyeluruh kepada pekerja bergaji rendah.



"Selain skim Daya Kerja dan skim lain yang disebutkan, terdapat juga usaha mempertingkat standard kehidupan pekerja bergaji rendah dalam cara bermakna yang lain, seperti menyediakan akses kepada jagaan kesihatan bermutu, geran perumahan dipertingkat dan subsidi membantu mereka memiliki rumah sendiri, pendidikan bagi anak-anak mereka dan sokongan mencukupi dalam persaraan mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >