Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

41 kes baru Covid-19 dikaitkan dengan kelompok KTV, termasuk penumpang Dream Cruise

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

41 kes baru Covid-19 dikaitkan dengan kelompok KTV, termasuk penumpang Dream Cruise

Jul 14, 2021 | 06:16 PM

SEBANYAK 41 kes baru Covid-19 dikaitkan dengan kelompok KTV pada Rabu (14 Julai), dedah pengarah khidmat perubatan Singapura Kenneth Mak.

Ini termasuk penumpang kapal Dream Cruise berusia 40 tahun yang pada awalnya dikenalpasti sebagai kontak dekat kes positif Covid-19 sebelum ini.

Kes indeks, seorang wanita warga Vietnam yang memegang pas lawatan jangka pendek, telah berjumpa doktor pada Ahad lalu dengan simptom jangkitan pernafasan akut.

Beliau diuji dan didapati positif Covid-19. Kes-kes lain, termasuk individu-individu yang tinggal serumah dengannya, dikesan melalui pengesanan kontak.

Wanita Vietnam itu telah mengunjungi banyak cawangan KTV dan kelab malam, kata Profesor Madya Mak.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata sebanyak 60 kes baru Covid-19 disahkan hari ini, 56 merupakan jangkitan dalam masyarakat.

Daripada 56 kes jangkitan dalam masyarakat itu, 17 dikaitkan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin.

Lagi 33 dikaitkan dengan kes sebelum ini dan dikesan melalui pemantauan.

Lagi enam kes tiada kaitan.

Kelompok KTV itu kini mempunyai sebanyak 53 kes jangkitan, menjadikannya antara kelompok aktif terbesar di Singapura, lapor The Straits Times.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3