SEHARI selepas mengumumkan kes pertama jangkitan virus Zika dari dalaman, Kementerian Kesihatan (MOH) semalam mengesahkan terdapat 41 pesakit Zika yang dijangkiti di Singapura.
Daripada 41 kes Zika itu, 34 pesakit telah pulih sepenuhnya manakala tujuh lagi masih dirawat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).