Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

41 rugi $203k skim tipu beli tiket filem

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

41 rugi $203k skim tipu beli tiket filem

Nov 26, 2021 | 05:30 AM

SEKURANG-KURANGNYA 41 individu alami kerugian sekitar $203,000 apabila mereka menjadi mangsa satu skim penipuan yang membabitkan pembelian tiket filem.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata dalam kenyataannya semalam bahawa skim penipuan itu terkait dengan syarikat-syarikat yang mempunyai "Film-go" dalam nama mereka.

Mangsa diajak menyertai satu skim komisen pekerjaan menerusi platform kiriman mesej seperti MiChat dan WeChat, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Filmgo Production dan Filmgo Digital adalah sebahagian daripada skim yang menipu mangsa bahawa mereka akan diberikan komisen menerusi penjualan dan pembelian tiket filem.

Mereka yang menjadi mangsa kepada skim penipuan itu telah disuruh membuka akaun dalam laman-laman Filmgo, di mana mereka diminta memuat turun aplikasi mudah alih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut dengan lebih mudah.

Selepas itu, mereka diperlukan menambah nilai dalam akaun mereka untuk membeli tiket filem itu serta menerima komisen daripada penjualannya.

Penipu telah menawarkan kepada mangsa, beberapa akaun bank yang dimiliki individu-individu yang mana identiti mereka tidak diketahui untuk melakukan pembayaran.

Oleh kerana akaun Filmgo mereka menyatakan komisen hanya boleh didapati selepas menyelesaikan penjualan itu, mangsa berasa yakin bahawa skim yang disertai mereka itu adalah satu pekerjaan yang sah. Mereka cuma perasan mereka ditipu apabila mereka cuba mengeluarkan wang daripada akaun mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3