Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

415 kes denggi minggu lalu - paling rendah tahun ini

Mar 08, 2016 | 11:01 AM



SEBANYAK 415 kes demam denggi dilaporkan pada minggu berakhir 5 Mac, menurut angka terbaru daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ia jumlah terendah kes yang dilaporkan sejak awal tahun ini.

Sebanyak 72 kes pula dilaporkan pada 6 dan 7 Mac.

Jumlah kes denggi yang dilaporkan tahun ini mencecah 636 sepanjang minggu 24 hingga 30 Jan.

Sejumlah 4,961 kes dilaporkan setakat ini tahun ini. Dalam tempoh Januari hingga Mac tahun lalu, 2,159 kes dilaporkan.

Dua orang meninggal dunia akibat denggi tahun ini - seorang lelaki warga Singapura berusia 67 tahun yang tinggal di Toa Payoh dan seorang lelaki berusia 47 tahun yang tinggal di Marsiling Rise.

NEA telah meningkatkan usaha penguatkuasaan bagi membendung populasi nyamuk, sambil memberi amaran kepada orang ramai bahawa kes denggi boleh mencecah jumlah rekod 30,000 - mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 22.170 kes pada 2013.

Statistik NEA menunjukkan kebanyakan kes pembiakan nyamuk berlaku di rumah, misalnya di dalam bekas dan piring dan dulang pasu bunga.

Mulai 14 Mac, semua pemilik rumah akan dikenakan denda $200 jika nyamuk didapati membiak di rumah mereka. Sebelum ini, hanya pemilik rumah dalam kelompok denggi dikenakana denda.

Pada Ahad (6 Mac), 120 sukarelawan akar umbi melawat dari pintu ke pintu di Jurong East untuk mendidik penduduk tentang denggi.

Jurong East mempunyai tiga kelompok denggi aktif, terbesar di Jurong Street 13 dengan 35 kes.

Anggota Parlimen Yuhua, Cik Grace Fu, berkata kebanyakan penduduk tidak sedar mereka tinggal dalam kelompok aktif.

Bagi maklumat terkini mengenai keadaan, denggi, lawati halaman Facebook Stop Dengue Now, www.dengue.gov.sg atau aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >