Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

42 anggota NS meninggal dunia semasa berkhidmat sejak 20 tahun lalu

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 42 anggota Perkhidmatan Negara (NS) telah meninggal dunia semasa berkhidmat sepanjang dua dekad lalu, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, kelmarin.



Mereka terdiri daripada 35 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), empat daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan tiga daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kata Dr Ng dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen daripada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa.



Daripada jumlah itu, enam kes, dua daripada SAF, tiga daripada polis dan satu daripada SCDF - adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke atau dari tempat kerja, atau semasa menjalankan tugas rasmi, kata Dr Ng.



Beliau turut menyatakan bahawa insiden sedemikian jatuh di bawah rangka kerja pampasan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Cik Poa telah bertanya berapa ramai anggota kerahan NS sepenuh masa dan sedia beroperasi daripada SAF, SPF dan SCDF telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, atau mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan perkhidmatan sejak 20 tahun yang lalu.



Dalam tempoh itu, terdapat 52 kes kecacatan kekal kepada otak, saraf tunjang, mata atau anggota badan akibat kecederaan serius yang berkaitan dengan perkhidmatan, kata Dr Ng.



Sebanyak 43 kes adalah daripada SAF, empat daripada SPF dan lima daripada SCDF, tambah beliau.



11 kes - lapan daripada SAF, satu daripada polis dan dua daripada SCDF - adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya, kata beliau.



Setiap tahun, kira-kira 300,000 warga lelaki Singapura dan penduduk tetap melaksanakan NS merentasi tiga perkhidmatan itu, kata Dr Ng.



"Kadar kematian dan hilang upaya kekal akibat perkhidmatan dalam SAF dan SPF ialah 0.001 peratus bagi setiap perkhidmatan dan SCDF pula 0.002 peratus," ujarnya.



Dr Ng berkata bahawa walaupun kadar kedua-dua kematian dan hilang upaya kekal kerana perkhidmatan adalah rendah, SAF dan pasukan Home Team "sentiasa berusaha untuk mencapai kadar kematian sifar".



"Setiap kejadian disiasat di peringkat tertinggi dengan langkah-langkah pembetulan diambil untuk meningkatkan keselamatan apabila anggota kerahan Perkhidmatan Negara kita berlatih dan beroperasi," kata beliau.



Cik Poa juga telah bertanya mengenai jumlah pampasan yang dibayar dalam kes-kes tersebut.



Dr Ng menjawab bahawa semua anggota kerahan NS berada di bawah lindungan insurans kecederaan dan kehidupan.



Beliau turut menyatakan bahawa perlindungan di bawah kedua-dua polisi itu digandakan daripada maksimum $150,000 kepada $300,000 mulai 1 Januari lalu.



Pampasan lanjut disediakan bergantung kepada tahap ketidakupayaan dan keadaan kecederaan atau kematian, kata beliau.



Sementara jumlah pampasan bagi kes sedemikian mengambil rujukan daripada tanda aras industri seperti Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja (Wica), ia ditetapkan beberapa kali lebih tinggi untuk "mencerminkan sifat mandatori Perkhidmatan Negara", tambah beliau.



Jumlah berbeza dengan ketara bergantung kepada keadaan setiap kes, kata Dr Ng, sambil menambah bahawa pembayaran telah dilakukan antara beberapa ribu dolar kepada lebih daripada $1.5 juta.



"Bagi kecederaan yang sama dan keadaan yang setanding, jumlah pampasan yang diberikan kepada anggota kerahan Perkhidmatan Negara adalah kira-kira empat kali ganda jumlah yang dibayar di bawah Wica," katanya.



Dr Ng menambah bahawa anggota NS yang mengalami kecederaan yang berkaitan dengan perkhidmatan juga diberikan rawatan perubatan percuma untuk kecederaan mereka selagi diperlukan dari segi perubatan di kemudahan perubatan SAF, SPF dan SCDF, serta institusi penjagaan kesihatan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >