Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

42 bot ronda, pintas baru PCG tingkat pertahanan perairan SG

pcg
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



PERTAHANAN Singapura di perairan telah dipertingkat dengan penggantian bot ronda Polis Pengawal Pantai (PCG) kepada bot ronda generasi seterusnya.



Berucap ketika melancarkan sebanyak 42 bot ronda baru itu semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata:



"Ancaman (yang kita hadapi) jelas, dengan jumlah trafik perkapalan yang tinggi dan persekitaran maritim bersifat mudah dilepasi.



"Oleh itu kita terdedah kepada serangan pengganas, penyeludupan barang serta kedatangan pendatang tanpa izin."



Menurutnya, tahun lalu PCG menahan 24 pendatang tanpa izin yang cuba menyeludup masuk melalui jalan laut dan menghalang lebih 5,600 pencerobohan kapal ke perairan Singapura, iaitu sekitar 15 pencerobohan sehari.



Justeru, PCG telah mempertingkat keberkesanan bot rondanya untuk meningkatkan keupayaan mengesan bahaya.



Bot-bot baru itu terdiri daripada tiga model berbeza: 24 pot ronda kelas PT generasi kelima; 10 bot ronda kelas PC 3 Siri; dan lapan bot pemintas kelas PJ generasi ketiga.



Luaran dan fungsi keseluruhan botnya telah dipertingkat, menjadikannya lebih mudah dikendali, lincah dan lebih pantas untuk melindungi pantai negara ini.



Bot ronda kelas PT generasi kelima antara bot lebih besar dan ia menggantikan model generasi ketiga.



Kebanyakan bot ini dikerahkan di perairan selatan dan boleh mencapai kelajuan hingga 100 kilometer sejam (km/h).



Bot ini juga telah dipertingkat dengan sistem pengawasan lebih baik, dengan julat pengesanan lebih luas. Selain itu, ia mempunyai sistem senjata lebih stabil yang membolehkannya menghalang musuh dengan lebih tepat.



Bot ronda kelas PC 3 Siri pula lebih kecil saiznya dengan reka bentuk yang diperbaiki untuk memastikan kelincahan pergerakan di perairan utara yang lebih sempit.



Ia boleh mencapai kelajuan hingga 90 km/h dalam masa tiga saat sahaja.



Bot pemintas kelas PJ generasi ketiga pula digunakan oleh Skuadron Tugas Khas (STS) PCG dan ia menggantikan generasi kedua. Skuadron itu menangani ancaman lebih agresif dan pantas.



Antara ciri barunya ialah tiang yang boleh masuk ke dalam dengan sistem imej lebih tinggi supaya dapat sudut pandangan lebih baik semasa operasi pengawasan. Sistem itu juga dapat mengesan haba suhu badan untuk mengesan pada waktu malam.



Ketua Operasi dan Keselamatan PCG, Superintenden Chong Ying Ming Elvis, berkata:



"Adalah penting Polis Pengawal Pantai kekal selangkah lebih depan dalam menguruskan ancaman sedemikian, dengan memperkenal keupayaan operasi baru melalui kelengkapan, latihan dan penggunaan taktik lebih baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >