Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

$4.2 juta jaya dikumpul oleh RLAF, bantu rakyat Palestin di Gaza

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH $4.2 juta telah dikumpulkan Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF) dalam masa hanya empat hari bagi membantu penduduk Palestin di Gaza.



Kutipan dana itu telah dimulakan pada 22 Mei sebelum berakhir 30 Mei lalu, dan bertujuan menyediakan bantuan khidmat kesihatan, makanan dan sosial kepada masyarakat terjejas di sana.



Dalam kenyataannya semalam, RLAF berkata dana yang berjaya dikumpulkan kali ini, dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA), adalah jumlah yang tertinggi pernah dikumpul badan itu dalam kempen bantuan kemanusiaan yang dianjurkan sejak sekian lama.



Pada 2012 dan 2014, usaha mengumpul dana, khususnya bagi masyarakat Palestin di Gaza, berjaya mengutip lebih $1.5 juta.



RLAF menambah bahawa inisiatif kali ini menyaksikan sumbangan individu daripada pelbagai latar belakang.



"Mereka yang tampil menderma datang daripada pelbagai lapisan masyarakat...kumpulan-kumpulan pelbagai agama, syarikat-syarikat, kumpulan-kumpulan masjid dan juga kumpulak sivil yang menggembleng anggota mereka untuk menghylurkan derma," kata kenyataan itu.



Usaha mengumpul dana RLAF secara tradisi dilakukan secara fizikal dengan kerjasama 70 masjid di sini.



Namun, dengan masjid tidak beroperasi akibat sekatan Fasa Dua (kewaspadaan dipertingkat), yayasan itu memanfaatkan wadah dalam talian seperti Giving.sg, MuslimSG dan laman web RLAF.



Sebagai Institusi Bertaraf Awam (IPC) dan pertubuhan amal berdaftar, segala dana akan diserahkan kepada UNRWA setelah pungutan disatukan dan mendapat kelulusan oleh Pesuruhjaya Pertubuhan-pertubuhan Amal (CoC).



RLAF juga akan menjalani pensijilan audit dan laporan itu akan dikemukakan kepada CoC, katanya.



Dalam pada itu, menulis di Facebook, Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohd Maliki Osman berkata beliau berbesar hati bahawa kempen RLAF bagi Gaza itu telah mendapat sokongan kukuh yang mencerminkan semangat dermawan, ihsan dan kemanusiaan warga Singapura.



"Sokongan yang anda berikan akan banyak membantu keluarga-keluarga yang terjejas di Gaza. Kami mendoakan penduduk di Gaza dan berharap bantuan kemanusiaan ini akan membantu mereka membina semula kehidupan," ujarnya.



Awal sebelum ini, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim juga menggalak orang ramai supaya menghulurkan derma seikhlasnya kepada inisiatif RLAF, sedang beliau menolak kekerasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.



Menurutnya, seperti ramai anggota masyarakat, beliau juga "terganggu" dengan tindakan Israel menggunakan kekerasan tidak seimbang terhadap orang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak, yang disifatkannya sebagai tidak boleh diterima dan amat tragik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >