SEBANYAK 42 masjid di Singapura akan menguruskan khidmat korban di Australia tahun ini dengan daging korban didinginkan sebelum dihantar ke sini.
Setiap masjid menawarkan sehingga 100 kambing dan pemohon yang berjaya membuat tempahan boleh mendapat kambing tiga hari selepas hari-hari Tasyrik, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi kenyataannya semalam.