Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

43,000 keluarga dapat flat BTO lambat dek binaan tergendala

HDB ambil langkah tambahan percepat binaan; sedia bantu keluarga terjejas dengan flat sewa sementara
BTO
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 43,000 isi rumah akan menerima kunci flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka lambat disebabkan kelewatan pembinaan dek kekurangan tenaga kerja dan gangguan rantaian bekalan.



Daripada 89 projek BTO yang sedang dijalankan, sekitar 85 peratus berada enam hingga sembilan bulan di belakang jadual, dedah Kementerian Pembangunan Nasional (MND) dalam jawapan bertulis Parlimen pada Isnin lalu.



Daripada 43,000 isi rumah yang terjejas, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah membantu sekitar 240 isi rumah dengan flat perumahan sewa sementara hingga hujung Februari lalu, lapor The Straits Times.



Semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata situasi global Covid-19 menjadikannya sukar bagi syarikat pembinaan membawa masuk tenaga kerja yang diperlukan, namun HDB telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempercepat kerja pembinaan.



Untuk mempercepat proses pembinaan flat, kegiatan pembinaan kurang bising di tapak BTO mungkin dibenarkan dijalankan pada Ahad atau cuti umum, kata Encik Lee.



Meskipun HDB telah mengambil langkah tambahan untuk mengurangkan kelewatan, Encik Lee berkata amat mustahak memastikan tidak ada kompromi terhadap keselamatan dan kesejahteraan pekerja setempat dan asing, serta mutu kerja.



Isnin lalu, Anggota Parlimen Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio) dan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) meminta perkembangan mengenai projek BTO yang belum selesai.



Encik Lee berkata selain projek BTO, garis masa pembinaan untuk projek kediaman, komersial dan industri swasta juga terjejas.



Semua kerja pembangunan tergendala semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 selama dua bulan tahun lalu.



Namun, sebelum itu pun sektor pembinaan terjejas sejak Januari 2020 apabila China mengenakan arahan penutupan.



Dan pada Mac 2020 apabila sekatan perjalanan dikuat kuasa di Malaysia, rantaian bekalan terus terganggu, jelas Encik Lee.



Kebanyakan kerja pembangunan di Singapura hanya dapat diteruskan pada Ogos tahun lalu.



"Namun, dengan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia masih tinggi sekarang, agak susah bagi syarikat membawa masuk jumlah pekerja yang cukup dan sektor itu terus berdepan kekurangan tenaga kerja," ujar Encik Lee.



Pemilik rumah yang menghadapi masalah berkaitan perumahan dan tidak mempunyai pilihan alternatif boleh menghubungi HDB bagi bantuan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >