Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

440,000 layak terima pemadanan tokokan ke akaun persaraan CPF

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH 440,000 orang akan menerima jumlah pemadanan sehingga $600 setiap tahun bagi tokokan tunai kepada akaun persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) di bawah satu skim yang dilancarkan tahun ini.



Mereka merupakan sekitar 53 peratus pencarum CPF berusia antara 55 tahun dengan 70 tahun, menurut kenyataan Lembaga CPF semalam.



Skim Simpanan Persaraan Dipadankan, yang diumumkan tahun lalu, bermatlamat membantu pencarum CPF lebih tua memperolehi jumlah persaraan asas.



Ia membenarkan sesiapa, termasuk anggota keluarga, majikan atau anggota masyarakat untuk menokok akaun persaraan seseorang.



Setiap dolar tokokan tunai dibuat akan dipadankan pemerintah selama lima tahun, dibataskan kepada $600 setahun.



Tokokan itu boleh dibuat di laman CPF atau aplikasi bimbit.



Ia juga tidak perlu dilakukan dalam jumlah pukal. Ini bermakna tokokan kecil dan tetap sepanjang tahun menggunakan Giro juga boleh menerima geran pemadanan.



Anggota yang layak akan dimaklumkan oleh Lembaga CPF bulan ini. Mereka juga boleh periksa kelayakan mereka di laman CPF.



Ketua Eksekutif Lembaga CPF, Encik Augustin Lee, berkata:



"Sekitar separuh pencarum CPF akan mencapai usia 55 tahun hari ini tetapi belum memperolehi jumlah persaraan asas.



"Geran pemadanan oleh pemerintah ini akan menggalak mereka agar menabung lebih banyak dengan CPF.



"Tidak ada kadar faedah simpanan lebih baik daripada apa yang dibayar CPF sekarang. Kami berharap masyarakat lebih luas dan orang tersayang juga boleh menyumbang.



"Walaupun jumlah kecil disimpan secara konsisten boleh banyak membantu dalam menjamin keperluan persaraan pencarum CPF."



Mereka yang layak harus berusia antara 55 tahun dengan 70 tahun dan akaun persaraan mereka memiliki kurang daripada jumlah persaraan asas iaitu sebanyak $93,000 pada tahun ini.



Kriteria lain termasuk pendapatan bulanan purata tidak melebihi $4,000; nilai tahunan rumah tidak melebihi $13,000 serta tidak memiliki lebih satu hartanah.



Lembaga CPF juga akan bekerjasama dengan ketua akar umbi untuk menggalak masyarakat membantu membina simpanan persaraan mereka yang mudah terdedah atau tidak dapat membuat tokokan itu sendiri.



Misalnya, Kawasan Undi Bukit Timah telah membuat sumbangan untuk membantu 100 penduduk, menurut laporan The Straits Times.



Kumpulan pertama tokokan tunai telah dibuat semalam.



Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Bukit Timah, yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann berkata:



"Tokokan CPF sangat berkesan dalam merangsang kecukupan persaraan untuk warga Singapura.



"Tidak semua orang yang memiliki wang tunai untuk membuat tokokan. Ini sebabnya saya merasakan terdapat peranan yang boleh dimainkan untuk orang tidak kenali baik hati dalam proses ini.



"Dan saya fikir ini juga adalah mengenai menyumbang secara awal, dan memberi dengan bijak."



Cik Sim Ann telah membuat tokokan kepada penjaja berusia 63 tahun, Cik Salmiah.



"Saya amat lega yang kini saya ada lebih banyak simpanan bila lanjut usia nanti," kata Cik Salmiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >