Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

45% pelajar dalam program bijak dalam tempoh lima tahun lalu tinggal di flat HDB: Chan Chun Sing

Mar 10, 2022 | 12:03 AM



SEKITAR 45 peratus murid yang menyertai Program Pendidikan Bijak (GEP) dalam tempoh lima tahun lalu tinggal di rumah flat Lembaga Perumahan, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Rabu (9 Mac).


Murid yang dipilih untuk GEP datang daripada 60 peratus sekolah rendah Singapura, tambahnya ketika menjawab soalan Encik Leon Perera (GRC Aljunied).

Ini bermakna sekitar 109 daripada 182 sekolah rendah di Singapura.


Encik Perera telah meminta Menteri Pendidikan untuk memberi pecahan peratusan pelajar yang diterima masuk ke GEP mengikut jenis perumahan, tahap pendidikan ibu bapa mereka, bangsa dan status bantuan kewangan.


Encik Chan menambah bahawa sekolah menawarkan pelbagai program untuk kepelbagaian bakat dan keperluan pembelajaran pelajar mereka.


Beliau berkata: "Ini termasuk pelbagai program sokongan pembelajaran untuk pelajar berkemajuan rendah, serta peruntukan berasaskan sekolah dan GEP untuk pelajar berkebolehan tinggi di sekolah rendah kita."


GEP telah diperkenalkan pada tahun 1984 dan ditawarkan di sembilan sekolah rendah, termasuk Sekolah Rendah Anglo-Chinese, Sekolah Rendah Nan Hua dan Sekolah Rosyth.


Ia memenuhi keperluan pelajar berbakat intelek, menurut laman web Kementerian Pendidikan (MOE).

Murid dikenal pasti untuk program itu melalui dua peringkat di Darjah 3 dan murid terpilih dijemput untuk menyertainya di Darjah 4.


Pada Selasa (8 Mac), Encik Perera turut membuat ucapan meminta data sosio-ekonomi dan demografik sekolah-sekolah di sini dikeluarkan.


Beliau berkata, beliau telah memfailkan soalan pada November tahun lalu untuk meminta data latar belakang sosio-ekonomi pelajar yang diterima masuk ke dalam kategori berbeza sekolah menengah, seperti sekolah pemerintah, bantuan pemerintah dan sekolah bebas.


Beliau berkata: "Saya ingin mengetahui sejauh mana pelajar daripada keluarga berada tertumpu di kumpulan sekolah yang lebih popular dan mempunyai sumber yang baik."


Sebagai respons, Menteri Kedua (Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata kebanyakan sekolah mempunyai perwakilan yang baik daripada latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza, tetapi objektif asas MOE bukanlah untuk mencapai profil yang sama bagi setiap sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >