Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

45 pelajar Melayu / Islam ITE terima Anugerah Bestari 4PM

Nov 12, 2019 | 09:05 PM



Seramai 45 pelajar Melayu / Islam dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), semalam, menerima Anugerah Bestari Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) di ITE Kolej East pada Selasa (12 November).  Anugerah itu mengiktiraf pencapaian pelajar Melayu / Islam di ITE dalam jurusan akademik dan kegiatan kokurikular.



Seramai 36 pelajar menerima anugerah akademik yang diiringi wang tunai $250, sementara lagi sembilan pelajar memenangi $200 yang mengiringi anugerah bagi kegiatan kokurikular.



Encik Mohammed Danial Rashid, 19 tahun, penerima tunggal Anugerah Pelajar Cemerlang yang mengiktiraf kecemerlangannya dalam bidang akademik dan jasa yang ditaburkan kepada masyarakat sebagai mentor kepada pelajar kurang bernasib baik. Beliau menerima trofi, sijil dan wang $300.



Dalam ucapannya di majlis itu, tetamu terhormat, Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, Cik Indranee Rajah, melahirkan harapan agar anugerah



menjadi perangsang kepada penerima untuk terus berbakti kepada masyarakat.



“Saya berharap, sewaktu anda masih muda dan bertenaga ini, gunakan masa muda anda dan capailah sebanyak ilmu.”



“Bantulah mereka yang memerlukan sekiranya ada kelebihan tenaga dan terus berkhidmat kepada masyarakat,” ujarnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >