Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,500 isi rumah flat sewa kini miliki rumah sendiri: HDB

Mar 07, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 4,500 keluarga yang tinggal di flat sewa awam telah berjaya memiliki rumah sendiri dalam tempoh lima tahun lalu dari 2017 hingga 2021 dengan bantuan pelbagai skim dan geran perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Jumlah itu merupakan sekitar 9 peratus daripada keluarga yang tinggal di flat sewa secara keseluruhan, kata HDB dalam kenyataannya semalam.



Daripada 4,500 keluarga itu, tiga daripada empat membeli flat dari HDB manakala bakinya membeli flat jualan semula.



Sekitar dua pertiga daripada mereka membeli flat dengan bantuan geran perumahan seperti Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG) yang menyediakan bantuan sehingga $40,000 setiap satu, dan juga Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sehingga $80,000.



Sebahagian besar keluarga yang tinggal di flat sewa awam itu membeli flat tiga atau empat bilik - kira-kira separuh membeli flat tiga bilik manakala sekitar seperempat pula membeli flat empat bilik.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata pemerintah mengambil pendekatan yang bersepadu untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah atau rentan.



"Kami memenuhi keperluan perumahan mereka melalui perumahan sewa awam bersubsidi, dan apabila mereka bersedia, kami membantu mereka membeli flat mereka sendiri.



"Kami juga bekerjasama dengan agensi lain untuk memahami aspirasi mereka dan menangani keperluan mereka secara menyeluruh.



"Bersama, kami akan melakukan perjalanan ini dengan penghuni rumah sewa sedang mereka berusaha ke arah kestabilan dan menjadi berdikari," kata beliau.



Sementara itu, Pasukan Sokongan Bagi Pemilikan Rumah (HST) yang dibentuk pada 2019 telah mendekati sekitar 1,030 keluarga yang duduk di flat sewa sehingga 31 Disember lalu.



Ini melebihi sasaran 1,000 keluarga dan dalam tempoh masa lebih awal berbanding menjelang 2023 yang dirancang sebelum ini.



Kumpulan itu memberikan sokongan lebih khusus dan peribadi kepada mereka yang tinggal di flat sewa dan bersedia memiliki rumah, terutamanya keluarga dengan anak-anak.



HDB berkata, HST membimbing keluarga di flat sewa - dari merancang pembelian rumah hingga waktu mereka mengambil kunci rumah mereka.



Daripada lebih 1,000 isi rumah sewa ini, 340 (33 peratus) boleh bersedia bagi pemilikan rumah dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Bakinya kini sedang dalam proses penilaian atau belum bersedia memohon bagi sebuah flat dalam jangka masa terdekat.



HDB berkata HST akan terus memantau kemajuan baki keluarga itu dan membantu mereka beralih untuk memiliki rumah, jika boleh.




"Kami memenuhi keperluan perumahan mereka melalui perumahan sewa awam bersubsidi, dan apabila mereka bersedia, kami membantu mereka membeli flat mereka sendiri.



Kami juga bekerjasama dengan agensi lain untuk memahami aspirasi mereka dan menangani keperluan mereka secara menyeluruh.



Bersama, kami akan melakukan perjalanan ini dengan penghuni rumah sewa sedang mereka berusaha ke arah kestabilan dan menjadi berdikari."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >