Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,500 kanak-kanak bawah 4 tahun daftar dapatkan vaksinasi

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 4,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dengan empat tahun telah mendaftar untuk menerima vaksinasi utama mereka terhadap Covid-19 Selasa lalu, hari pertama pendaftaran dibuka untuk mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



MOH menambah ia sedang memantau kadar pendaftaran dengan teliti dan bahawa pusat vaksinasi kanak-kanak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.



Ibu bapa, yang anak-anak mereka berumur enam bulan hingga empat tahun, digalak memvaksinasi mereka dengan dua dos vaksin Spikevax Moderna supaya mereka dilindungi daripada penyakit teruk dan kemasukan ke hospital, kata MOH.



Selasa lalu adalah hari pertama ibu bapa dan penjaga boleh mendaftarkan anak-anak mereka.



Vaksin Moderna itu - yang Ogos lalu diluluskan untuk kanak-kanak berumur antara enam bulan dengan 17 tahun - diberikan dalam dua suntikan 25 mikrogram setiap satu. Jarak antara kedua-dua suntikan itu haruslah sekurang-kurangnya lapan minggu.



MOH berkata vaksin Comirnaty Pfizer-BioNTech dijangka tersedia untuk kanak-kanak kecil menjelang hujung tahun ini.



Vaksinasi untuk kanak-kanak bawah lima tahun akan bermula Selasa ini di lima lokasi di seluruh Singapura, termasuk One Punggol, Our Tampines Hub dan Pusat Masyarakat Queenstown.



Walaupun kanak-kanak kurang berkemungkinan mengalami penyakit teruk akibat Covid-19, pakar berkata vaksinasi boleh mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit serius, serta kejadian sindrom keradangan berbilang sistem pada kanak-kanak (MIS-C).



MIS-C ialah kondisi yang jarang berlaku yang menjejaskan sesetengah kanak-kanak dalam tempoh beberapa minggu selepas jangkitan virus.



Julai lalu, MOH berkata kanak-kanak bawah lima tahun membentuk sekitar 64,000, atau kira-kira 3.9 peratus, daripada 1.7 juta kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura.



Daripada lebih 1,600 kematian akibat Covid-19 di sini, tiga melibatkan kanak-kanak di bawah lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >