Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,500 keluarga menetap di flat sewa kini miliki rumah sendiri

Mar 06, 2022 | 05:35 PM



Sekitar 4,500 keluarga yang tinggal di flat sewa awam telah berjaya memiliki rumah mereka sendiri dalam tempoh lima tahun lalu dari 2017 hingga 2021 dengan bantuan pelbagai skim dan geran perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Jumlah itu merupakan sekitar 9 peratus daripada keluarga yang menetap di flat sewa secara keseluruhan, kata HDB dalam kenyataannya pada Ahad (6 Mac). 



Daripada 4,500 keluarga itu, tiga daripada empat membeli flat dari HDB manakala bakinya membeli flat jualan semula.



Sekitar dua pertiga daripada mereka membeli flat dengan bantuan geran perumahan seperti Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG) yang menyediakan bantuan sehingga $40,000 setiap satu, dan juga Geran Perumbahan CPF Dipertingkat (EHG) sehingga $80,000.



Sebahagian besar keluarga yang menetap di flat sewa awam itu membeli flat tiga atau empat bilik – separuh membeli flat tiga bilik manakala seperempat pula membeli flat empat bilik. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >