Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

452 penduduk, pengunjung blok HDB Sumang Walk di Punggol negatif Covid-19: MOH

Jun 10, 2021 | 10:57 PM



UJIAN reaksi rantaian polymerase (PCR) yang dikendalikan di blok 325A Sumang Walk sekitar Punggol sudah selesai dengan kesemua 452 penduduk dan pengunjung blok yang menjalani ujian didapati negatif Covid-19 sehingga 5 petang Khamis (10 Jun).



Ini dijelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis malam.



Operasi ujian wajib di Sumang Walk itu bermula pada pagi Selasa.



Penduduk dan pengunjung blok itu diminta tampil bagi operasi ujian tersebut oleh MOH selepas lapan kes jangkitan koronavirus dikesan dalam kalangan tiga keluarga yang menetap di situ.



Sementara itu, MOH menambah daripada sejumlah 4,347 pengunjung blok 505 Hougang Avenue 8 serta penduduk dan pengunjung blok jiran yang tampil bagi ujian tersebut, 4.273 orang disahkan negatif Covid-19.



Hasil ujian lagi 74 orang  masih dinantikan.



Blok jiran ini adalah 511 Hougang Avenue 10; 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; 682 Hougang Avenue 4; 685 dan 698 Hougang Street 61.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >